Tawaran Menyertai Skim Sangkutan Latihan (SSL) Bagi Graduan Siswazah dan Diploma

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berasal dari Sabah yang berkelayakan untuk menyertai Skim Sangkutan dan Latihan (SSL) bagi Graduan Siswazah/Diploma yang belum mendapat pekerjaan seperti berikut
TAWARAN SKIM SANGKUTAN LATIHAN (SSL)

(i) Graduan Siswazah
No. Notis : JPAN Bil.(I)10/2017
Penempatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan Kerajaan Negeri Sabah
Elaun : RM1000.00 Sebulan
Tempoh Latihan : Lapan (8) bulan
* Tertakluk kepada prestasi semasa*

(ii) Diploma
No. Notis : JPAN Bil. (D)8/2017
Penempatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan Kerajaan Negeri Sabah
Elaun : RM800.00 Sebulan
Tempoh Latihan : Lapan (8) bulan
*Tertakluk kepada prestasi semasa*

SYARAT KEMASUKAN

Pemohon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
  1. Warganegara Malaysia (yang mana ibu dan bapa berasal dari Sabah);
  2. Graduan dan pemegang Diploma yang belum mendapat pekerjaan;
  3. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Bagi Graduan Siswazah)
  4. Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Bagi pemegang Diploma) dan
  5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dengannya serta Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
CARA MEMOHON

  • Permohonan hendaklah dibuat melalui aplikasi permohonan SSL di pautan http://appjpan.sabah.gov.my/ssl/
  • Permohonan yang diterima daripada calon-calon yang tidak memiliki kelayakan yang disyaratkan tidak akan dilayan dan ditolak.
  • Pemohon yang tidak mengisi maklumat dengan jelas dan lengkap dalam semua ruang yang disediakan tidak akan dipertimbangkan.
  • Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas 31 Disember 2017, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  • Pihak Kerajaan Negeri tidak terikat untuk memberi pekerjaan tetap atau sementara kepada para peserta skim selepas menamatkan latihan.
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 08 Disember 2017
  • Keputusan pemilihan calon SSL adalah muktamad.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut dan cetakan hebahan ini, muat turun pengumuman ini di sini