Sukacita, dimaklumkan bahawa Peperiksaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Siri II Tahun 2017 akan diadakan pada 26 hingga 29 September 2017. Permohonan untuk menduduki peperiksaan siri ini dibuka mulai 25 Julai 2017 (Selasa) sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Ogos 2017 (Jumaat);

Permohonan boleh dibuat secara online di alamat URL http://appjpan.sabah.gov.my/ekompetensi/default.asp.

Slip Pengesahan Menduduki Peperiksaan hanya boleh dicetak selepas Urus Setia Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam Negeri membuat pemberitahuan kepada semua calon untuk Mencetak Slip Pengesahan Menduduki Peperiksaan tersebut.

Takwim peperiksaan boleh didapati URL http://appjpan.sabah.gov.my/ekompetensi/default.asp