PERSARAAN PILIHAN

 

Pegawai perkhidmatan Awam  boleh memohon untuk bersara awal(persaraan pilihan) apabila memenuhi syarat-syarat berikut:

    • Telah mencapai 40 tahun.
    • Telah diberi taraf berpencen.
    • Mempunyai  10 tahun tempoh perkhidmatan
  • Cara memohon:
    • Memohon melalui Ketua Jabatan enam (6) bulan sebelum tarikh persaraan yang dipohon.

 

  • Dokumen-dokumen yang perlu di kemukakan (salinan dokumen hendaklah disahkan benar)
    • Surat permohonan (salinan asal) yang menyatakan sebab-sebab  ingin bersara dan tarikh persaraan yang dipohon.
    • Surat sokongan Ketua Jabatan .
    • Surat pengesahan daripada Ketua Jabatan bahawa:
      • Pegawai bebas atau terlibat dalam tindakan tatatertib atau tindakan mahkamah.
      • Pegawai tidak terikat dengan kontrak biasiswa Kerajaan.*

* Jika pegawai masih mempunyai ikatan kontrak, surat pelepasan daripada pihak berkuasa berkenaan hendaklah dikemukakan.

    • Kelulusan  Pengisytiharan Harta  oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
    • Kelulusan Tapisan Keutuhan Oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM)
    • Kenyataan perkhidmatan dan rekod cuti yang kemaskini.
    • Salinan Kad Pengenalan

Kemukakan permohonan kepada :
Bahagian Saraan Dan Pencen,
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri,
Tingkat 4, Wisma Perindustrian, Jalan Istiadat, Likas,
88400 KOTA KINABALU

Bagi pegawai Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri, kemukakan permohonan kepada

    • Bahagian Pencen,
      Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, PUTRAJAYA.

 

Faedah-Faedah Persaraan

 

  • Pencen

Bagi pegawai Wanita

=

Mencapai umur 45 tahun

Bagi pegawai Lelaki

=

Mencapai umur 50 tahun

Bagi pegawai (lelaki/wanita) yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991

=

Mencapai umur opsyen
persaraan wajib 55/56/58 tahun

  • Ganjaran

Dibayar pada tarikh persaraan

  • Award wang tunai sebagai Gantian Cuti Rehat  

Pada tarikh persaraan

Perhatian

  • Setiap permohonan dianggap muktamad.
  • Pegawai hendaklah mempertimbangkan semasak-masaknya sebelum mengemukakan permohonan . Sebarang permintaan untuk menarik balik permohonan atau mengubah tarikh persaraan tidak akan dilayan.
  • Kelulusan persaraan boleh ditarik balik oleh pihak berkuasa sebelum ia berkuatkuasa tanpa memberi sebarang sebab.
  • Pemohon mestilah terus berkhidmat sehingga tarikh persaraannya berkuatkuasa.