Nabi s.a.w. bersabda :

"Seandainya seseorang itu berjalan di depan orang sembahyang yang sudah memasang dinding itu mengetahui tanggungan dosanya, nescaya jika ia berhenti (berdiri) selama 40 tahun, itu lebih baik baginya."
(H.R. Bukhari & Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Tiga orang yang tidak akan diterima oleh Allah sembahyang mereka, bahkan segala amal baiknya tidak diangkat ke langit :- (a) Hamba yang lari dari majikannya sehingga ia kembali semula; (b) Isteri yang dimurkai oleh suaminya; (c) mabuk kerana meminum arak sehingga sedar."
(H.R. Ibn Hibban, Albaihaqi)

PELANGGAN-PELANGGAN JKSNS

Pelanggan-pelanggan JKSNS adalah terdiri daripada:-

  1. Orang-orang Islam yang tinggal di dalam Negeri Sabah.
  2. Orang-orang Islam yang bermastautin di dalam Negeri Sabah tetapi tinggal di luar Negeri Sabah.
  3. Peguam-peguam Syarie yang diterima beramal di Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri Sabah.
  4. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Bahagian Pentadbiran Syariah dan Bahagian Pendakwaan).
  5. Orang-orang Islam yang tinggal di luar Negeri Sabah atau di luar Malaysia yang memenuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan di bawah undang-undang, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa di Negeri Sabah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Best view by 800 X 600

Hakcipta terpelihara © 2005 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah.
Notis Penafian (Disclaimer Notice) :
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan atau kerugian disebabkan penggunaan sebarang maklumat dari laman web ini.