Nabi s.a.w. bersabda :

"Seandainya seseorang itu berjalan di depan orang sembahyang yang sudah memasang dinding itu mengetahui tanggungan dosanya, nescaya jika ia berhenti (berdiri) selama 40 tahun, itu lebih baik baginya."
(H.R. Bukhari & Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Tiga orang yang tidak akan diterima oleh Allah sembahyang mereka, bahkan segala amal baiknya tidak diangkat ke langit :- (a) Hamba yang lari dari majikannya sehingga ia kembali semula; (b) Isteri yang dimurkai oleh suaminya; (c) mabuk kerana meminum arak sehingga sedar."
(H.R. Ibn Hibban, Albaihaqi)

LATARBELAKANG PENUBUHAN
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah merupakan sebuah agensi Kerajaan Negeri Sabah yang ditubuhkan pada 1 Disember 1995. Jabatan ini ditubuhkan berikutan langkah Kerajaan Negeri pada ketika itu yang hendak menguatkuasakan Enakmen Mahkamah Syariah No. 14/1992 pada 1 Januari 1996 dimana Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri akan ditubuhkan di bawah Seksyen 4 Enakmen berkenaan. Dengan tertubuhnya Jabatan ini, Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri Sabah ditadbir secara terus oleh Jabatan ini dan tidak lagi diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Ugama Islam Sabah sebagaimana sebelumnya. Dari segi kawalan, Jabatan ini diletakkan di bawah Jabatan Ketua Menteri.

OBJEKTIF
Objektif Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah adalah memastikan Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri Sabah mengendalikan kes-kes di dalam bidangkuasa secara sistematik, telus dan profesional dengan
berpandukan Hukum Syarak dan pemakaian undang-undang yang
sedang berkuatkuasa.

MISI
Merealisasikan keadilan sistem perundangan Syariah Islamiah kepada semua lapisan masyarakat melalui pentadbiran yang cekap dan berkesan.

VISI
Mewujudkan suatu Perkhidmatan Kehakiman Syariah yang unggul, sistematik dan berwibawa kepada masyarakat Islam di Negeri Sabah.

ALAMAT PERHUBUNGAN
PEJABAT KETUA HAKIM SYARIE NEGERI
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SABAH
BEG BERKUNCI 130
88739 KOTA KINABALU
SABAH, MALAYSIA
Telefon : 088-256059
Telefax : 088-219066








 

 




Best view by 800 X 600

Hakcipta terpelihara © 2005 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah.
Notis Penafian (Disclaimer Notice) :
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan atau kerugian disebabkan penggunaan sebarang maklumat dari laman web ini.