JAWATANKUASA PENINGKATAN KUALITI DAN PRODUKTIVITI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH (QSC)
[Jawatankuasa JPQ] [Jawatankuasa Kecil] [Kriteria Anugerah] [Anugerah Q] [Home]Jawatankuasa Peningkatan Kualiti Dan Produktiviti Perkhidmatan Awam Negeri Sabah adalah bertanggungjawab untuk memastikan semua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Sabah melaksanakan program-program pembaharuan pentadbiran untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan . Matlamatnya ialah untuk menjadikan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah berkesan, cekap, berintegriti serta bertanggungjawab dan responsif kepada kehendak-kehendak rakyat dan Kerajaan di Sabah.
Bidang tugas
(i) Menentukan dasar, strategi dan sasaran program peningkatan kualiti dan produktiviti bagi Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
(ii) Mengesan dan menilai tahap kualiti dan produktiviti Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
(iii) Merancang program-program peningkatan kualiti dan produktiviti secara bersepadu untuk mencapai dasar dan matlamat kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
(iv) Menyelaras program-program kualiti dan produktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri
(v) Memastikan pelaksanaan program-program kualiti dan produktiviti serta semua Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam oleh Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri
Keanggotaan
Pengerusi : Y. B. Tan Sri Datu Khalil bin Datu Haji Jamalul
Setiausaha Kerajaan Negeri
Setiausaha : Encik Mamat Che Chik
Pengarah, Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia (MAMPU)
Cawangan Sabah
Ahli-ahli :
Y. Bhg. Datuk Haji S. Abdillah Hassan
Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan
Y. Bhg. Datuk Haji Ahmadshah Abdullah
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri I
Y. Bhg. Datuk Haji Sukarti Wakiman
Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri
Y. Bhg. Datuk Ghulam Jelani
Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Encik Abdul Rahim Sidek
Setiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Pg. Hassanel Datuk Pg. Hj. Mohd. Tahir
Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Negeri
Encik K. Y. Mustafa
Pengarah, Unit Sains dan Teknologi
Y. Bhg. Datuk Mohd. Yunus Haji Hashim
Pengarah, Biro Pembangunan Sumber Manusia
Encik Jenar Lamdah
Pengarah, Biro Pengaduan Awam
Tuan Haji Nordin Siman
Timbalan Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri
Urusetia :
Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia (MAMPU)
Cawangan Sabah
JAWATANKUASA-JAWATANKUASA KECIL KUALITI PENGURUSAN
A. Jawatankuasa Kecil Kualiti Pengurusan Kewangan
B. Jawatankuasa Kecil Kualiti Pengurusan Sumber Manusia
C. Jawatankuasa Kecil Kualiti Pengurusan Projek
D. Jawatankuasa Kecil Kualiti Pengurusan Teknologi Maklumat
E. Jawatankuasa Kecil Kualiti Pengurusan Rekod Dan Fail
F. Jawatankuasa Kecil Kualiti Pengurusan Pengaduan Awam
H. Jawatankuasa Kecil Kualiti Pengawasan Pelaksanaan Pekeliling-Pekeliling Bagi Pihak Berkuasa Tempatan
I. Jawatankuasa Kecil Pengukuhan Disiplin Pegawai Dan Kakitangan Kerajaan Negeri Sabah