I. Jawatankuasa Kecil Pengukuhan Disiplin Pegawai Dan Kakitangan Kerajaan Negeri Sabah
Bidang tugas
(i) Memantau kes-kes pelanggaran tatatertib di bawah Perintah Am oleh pegawai dan kakitangan melalui pengumpulan data, lawatan-lawatan naziran serta laporan-laporan seperti laporan daripada Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN)
(ii) Menerima maklumat daripada jabatan serta agensi dan menyelaras dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN) mengenai kes-kes tatatertib yang dirujuk oleh mereka kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN) bagi memudahkan mereka mendapat tindakan terhadap kes-kes yang tertunggak atau memakan masa yang terlalu lama diproses
(iii) Mengenalpasti dan mengadakan program-program serta aktiviti untuk memperkukuhkan lagi disiplin pegawai dan kakitangan seperti kursus-kursus bimbingan, kaunseling, kursus-kursus kemahiran mengenai prosedur tindakan tatatertib dan sebagainya
(iv) Melaporkan kepada Y. B. Setiausaha Kerajaan Negeri mengenai kedudukan serta tahap disiplin pegawai dan kakitangan dari masa ke semasa dibentang dalam mesyuarat Jawatankuasa Peningkatan Kualiti dan Produktiviti Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
Keanggotaan
Pengerusi : Y. Bhg. Datuk Haji Ahmadshah Abdullah
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri ( I )
Urusetia : Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia (MAMPU)
Cawangan Sabah