E. ANUGERAH KUALITI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

[Kembali]      [Jawatankuasa JPQ]     [Jawatankuasa QSC]       [Jawatankuasa Kecil]      [Anugerah Q]      [Home]

PENYERTAAN

Terbuka kepada semua Jabatan/ Agensi Negeri dan Persekutuan di Sabah melalui pencalonan oleh Jawatankuasa Peningkatan Kualiti & Produktiviti Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan Jawatankuasa Peningkatan Kualiti Jabatan-jabatan Persekutuan Negeri Sabah.

KRITERIA/ASPEK-ASPEK PENILAIAN

1. PERANAN KETUA JABATAN/AGENSI DALAM MEMIMPIN ORGANISASI (20)

(a) Peranan Ketua Jabatan/ Agensi dalam menetapkan wawasan dan budaya kerja organisasi;

(b) Mekanisma yang digunakan oleh Ketua Jabatan/ Agensi untuk menyampaikan wawasan dan budaya kerja organisasi kepada semua pegawai dan staf;

(c) Mekanisma yang digunakan oleh Ketua Jabatan/ Agensi untuk menerapkan budaya kualiti dalam organisasi; dan

(d) Mekanisma yang digunakan oleh Ketua Jabatan/ Agensi untuk mengurus dan mengekalkan budaya kerja dan kualiti dalam organisasi.

2. PROSES PERANCANGAN, PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN STAF (18)

(a) Sistem maklumat/profail personel dan kaedah mendokumentasi maklumat tersebut;

(b) Penggunaan dokumen/maklumat personel di dalam perancangan berikut:

(i) Keperluan personel untuk sesuatu jangkamasa tertentu;

(ii) Perancangan latihan dan kemajuan kerjaya;

(iii) Perancangan menggantikan personel yang akan bersara;

(iv) Pengambilan personel; dan

(v) Penempatan personel yang mempunyai kelayakan yang sesuai dengan keperluan jawatan yang disandang.

3. PERANCANGAN LATIHAN DAN KEMAJUAN KERJAYA (18)

(a) Mengadakan Urusetia/Jawatankuasa Latihan bagi merancang dan menentukan jenis-jenis program latihan untuk pembangunan sumber manusia.

(i) Keanggotaan dan bidang tugas Urusetia/Jawatankuasa;

(ii) Dasar latihan Jabatan/Agensi; dan

(iii) Menentukan tahap pengetahuan/kepakaran asas yang perlu bagi setiap kategori pegawai/staf.

(b) Program-program dan pendekatan latihan yang digunakan untuk :

(i) Pegawai dan staf baru; dan

(ii) Pegawai dan staf dalam perkhidmatan.

(c) Menentukan jenis dan bilangan kursus yang perlu dihadiri oleh setiap kumpulan pegawai dan staf :

(i) Kumpulan Pengurusan Atasan;

(ii) Kumpulan Pengurusan dan Profesyenal; dan

(iii) Kumpulan Sokongan.

(d) Penempatan staf, job rotation dan job enrichment.

(i) Tempoh maksimum seseorang staf memegang sesuatu jawatan;

(ii) Program job rotation; dan

(iii) Program job enrichment.

4. PROGRAM PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI, AMALAN ETIKA KERJA YANG POSITIF DAN PRODUKTIVITI (15)

(a) Penerapan nilai murni dan amalan etika kerja yang positif.

(i) Nilai-nilai murni yang perlu dimiliki oleh setiap pegawai/staf; dan

(ii) Mekanisma yang digunakan oleh pihak pengurusan untuk menerapkan nilai-nilai murni tersebut.

(b) Penerapan budaya kerja organisasi.

(c) Aktiviti peningkatan kualiti dalam organisasi:

(i) Pengurusan Kualiti Menyeluruh;

(ii) MS ISO 9000;

(iii) Aktiviti Kawalan Mutu Kerja; dan

(iv) Pengukuran Produktiviti Kerja.

5. PROGRAM GALAKAN UNTUK KEMAJUAN STAF DAN PROGRAM KEBAJIKAN SERTA MEMUPUK SEMANGAT KEKITAAN (15)

1. PROGRAM GALAKAN UNTUK KEMAJUAN STAF

(a) Mewujudkan Jawatankuasa/Lembaga Penilaian Prestasi;

(b) Bentuk saluran maklumbalas penilaian prestasi kepada staf agar mereka dapat memperbaiki kualiti kerja di masa hadapan.

(c) Bentuk-bentuk galakan yang digunakan:

(i) Pemberian Sijil Khidmat Cemerlang;

(ii) Anugerah Inovasi Jabatan;

(iii) Pencalonan untuk mendapatkan bintang-bintang dan pingat-pingat kebesaran; dan

(iv) Lain-lain bentuk anugerah dan hadiah.

2. PROGRAM KEBAJIKAN DAN MEMUPUK SEMANGAT KEKITAAN

(a) Mekanisma perhubungan yang formal dan tidak formal di antara pihak pengurusan dengan :

(i) Pegawai-pegawai Pengurusan dan Profesyenal; dan

(ii) Kumpulan Sokongan.

(b) Aktiviti-aktiviti untuk menyemai dan memupuk semangat kekitaan:

(i) Kelab sukan dan kebajikan;

(ii) PUSPANITA; dan

(iii) Lain-lain.

(c) Program riadah untuk menjaga kesihatan staf.

6. PENGUATKUASAAN PERATURAN-PERATURAN DAN DISIPLIN (14)

(a) Pengwujudan Lembaga-lembaga Tatatertib;

(b) Pengwujudan Urusetia/Jawatankuasa Penyiasat;

(c) Bentuk-bentuk tindakan disiplin dan tatatertib yang diambil;

(d) Tindakan susulan selepas tindakan tatatertib yang telah diambil;

(e) Kemudahan mekanisma kaunseling yang disediakan oleh jabatan; dan

(f) Menyediakan saluran-saluran di mana orang awam dapat membuat aduan terhadap mana-mana pegawai/ staf yang kurang sopan, didapati melanggar disiplin, menyeleweng dan sebagainya.

 

[Kembali]      [Jawatankuasa JPQ]     [Jawatankuasa QSC]       [Jawatankuasa Kecil]      [Anugerah Q]      [Home]