JAWATANKUASA PENINGKATAN KUALITI DAN PRODUKTIVITI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN SABAH (JPQ)

[Jawatankuasa Kecil]      [Kriteria Anugerah]      [Jawatankuasa QSC]      [Anugerah Q]      [Home]

Jawatankuasa Peningkatan Kualiti dan Produktiviti perkhidmatan Awam Persekutuan Sabah ditubuhkan dalam rangka usaha Perkhidmatan Awam Persekutuan di Sabah untuk mewujudkan perkhidmatan yang berkualiti dan berproduktiviti selaras dengan wawasan dan dasar pembaharuan pentadbiran Perkhidmatan Awam Malaysia. Jawatankuasa Peningkatan Kualiti dan Produktiviti Perkhidmatan Awam Persekutuan Sabah akan bertanggungjawab memastikan semua Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan di Sabah melaksanakan program-program untuk meningkatkan kualiti, produktiviti dan kecemerlangan perkhidmatan mereka. Matlamatnya ialah untuk menjadikan Perkhidmatan Awam Persekutuan di Sabah berkesan, cekap, berintegriti serta bertanggungjawab dan responsif kepada kehendak-kehendak rakyat dan Kerajaan di Sabah.

Bidang tugas

i. Menentukan dasar, strategi dan sasaran program peningkatan kualiti dan produktiviti Perkhidmatan Awam Persekutuan Sabah selaras dengan dasar dan wawasan Perkhidmatan Awam Malaysia.

ii. Merancang program-program peningkatan kualiti dan produktiviti secara bersepadu untuk mencapai dasar dan matlamat wawasan Perkhidmatan Awam Malaysia bagi Negeri Sabah.

iii. Menyelaras program-program kualiti dan produktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan dan Agensi kerajaan Persekutuan Sabah.

iv. Memastikan pelaksanaan program-program pembahruan pentadbiran, terutamanya Pekeliling-pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam oleh Jabatan dan Agensi Persekutuan di Sabah.

v. Mengesan dan menilai tahap kualiti dan produktiviti Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

vi. Bertindak sebagai sumber penyelarasan ( co-ordinating resource ) untuk Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan di Sabah dalam hal-hal mengenai maklumat dan idea-idea pembahruan pentadbiran, pengurusan, penerapan nilai-nilai islam dan integrasi nasional untuk memperkukuhkan dan merangsangkan lagi usaha-usaha dalam bidang-bidang Agensi-agensi di Negeri Sabah.

 

Keanggotaan

Pengerusi : Encik Alias Haji Ahmad
Setiausaha Persekutuan Sabah

Setiausaha : Encik Mamat Che Chik
Pengarah, Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia (MAMPU)
Cawangan Sabah

Ahli-ahli :

Encik Md. Sani Adam
Pengarah, Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah

Y.Bhg Datuk Dr. Haji Abdul Aziz Mohd Ali
Pegawai Kewangan Persekutuan

Tuan Haji Shahar Abdul Rahman
Pengarah, Badan Pencegah Rasuah, Sabah

Encik Jumat Engson
Pengarah, Jabatan Penyiaran Malaysia
Cawangan Sabah

Y.Bhg Datuk Justin L. Miol
Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia,
Cawangan Sabah

Tuan Haji Isa @ man Ismail
Pengarah, Jabatan kemajuan Islam Malaysia,
Cawangan Sabah

Encik Abdul Wahab Satim
Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara Negeri Sabah

Encik Amin Senin
Pengarah, Biro Tatanegara, Cawangan Sabah

Tuan Haji Abu Bakar Haji Said
Penolong Setiausaha Persekutuan Sabah

Urusetia : Unit pemodenan Tadbiran Malaysia (MAMPU)
Cawangan Sabah