Rumah Anak Yatim Tambunan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Pengenalan:

Kompleks Rumah Anak Yatim (RAY) Tambunan telah siap dibina pada 1983 dengan kos RM3.5 di atas tanah seluas 15 ekar.

Pembinaan kompleks ini adalah ilham Datuk Haris Mohd Salleh mantan Ketua Menteri Sabah. RAY dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Musa Hitam, Timbalan Perdana Malaysia pada 3 Ogos 1984.

Dengan siapnya kompleks tersebut,  RAY telah diletakkan di bawah Pengurusan Pentadbiran  Majlis Ugama Islam Sabah atau MUIS sehinggalah 1996, apabila MUIS  distruktur semula maka RAY  telah diletakkan di Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah atau JHEAINS).

Pengambilan pertama pada bulan November 1983, seramai hanya 54 orang sahaja. Sehingga tahun 2004 (1983-2004), jumlah pengambilan ialah 713 orang

 

Objektif

bulletUntuk membantu anak-anak yatim agar menikmati kehidupan yang sempurna dalam masyarakat.
bulletUntuk menyediakan tempat yang sempurna dan selesa untuk didiami oleh anak-anak yatim
bulletUntuk memberi pendidikan dan bimbingan kepada anak-anak yatim melalui pendidikan formal dan informal berasaskan ilmu dunia dan akhirat ke arah kecemeralangan
bullet Untuk melahirkan warga anak yatim yang boleh berdikari, berakhlak tinggi, berilmu, beriman dan bertaqwa
bullet Untuk menunjukkan keprihatinan Islam terhadap kebajikan anak-anak yatim
bullet ntuk mengurus kemasukan anak-anak yatim sesuai kehendak syarak

Sasaran

Disebut dalam Al-Quran dan Hadis Anak Yatim yang terputus pergantungan hidup didunia.

Syarat Pengambilan

bullet Anak lelaki dan perampuan.Anak kematian ibu dan bapa,
bullet Anak kematian bapa sahaja.
bullet Umur tidak melebihi 12 tahun (Ketika memohonhad penjagaan sehingga 18 tahun.Islam (Atau bukan Islam dengan syarat
bullet  penjagamemberi  persetujuan bertulis anak itu didik dengan didikan Islam

Status Penghuni

bullet Yatim Piatu,
bullet Kematian Bapa,
bullet Kematian Ibu,
bullet Penceraian,
bullet Hidup susah (ibubapa)

Carta Aliran Proses Permohonan Anak Masuk Ke Rumah Anak Yatm Tambunan

Statastik Penghuni Sehingga  Mac 2005

Tahun Jumlah Jenis Pengajian Jentina
Pengajian Tinggi Sekolah Menengah Sekolah Kebangsaan L P
     - 6 5 4 3 2 1 6 5 4 3 2 1    
2005 154  - 0 25 16 14 24 21 17 18 9 7 2 0 72 82