BAHAGIAN PENDAKWAAN

BAHAGIAN 
PENDAKWAAN

KETUA 
PENDAKWA SYAR'IE 
(PS-L02)

Ust.Sakaria Semela

UNIT 
MAHKAMAH TINGGI

UNIT 
MAHKAMAH RENDAH

PENDAKWA SYARIAH(L3) PENOLONG PENDAKWA SYAR'IE (L5)
 
  Cik Dg.Maslylah Ag. Kachee  
     

Cik Siti Zubaidah Dasim

 
     

 

 

BAHAGIAN PENDAKWAAN

 

Terdiri Daripada

bullet

Ketua Pendakwa Syar’ie

bullet

Pendakwa Syariah

bullet

Penolong Pendakwa Syar'ie

Fungsi  

Bahagian ini adalah berfungsi sama seperti Bahagian Jenayah, Jabatan  Peguam Negara, Malaysia. Cuma bidangkuasanya hanya dalam perkara jenayah yang diklasifikasikan sebagai Jenayah Syariah. 

 

Di antara fungsinya ialah seperti berikut:

 

bullet

Mengenalpasti dan menjalankan pendakwaan ke atas mereka yang telah melakukan kesalahan dan tinggalan salah jenayah syariah seperti yang termaktub di dalam enakmen-enakmen mengenai kesalahan Jenayah Syariah.

bullet

Memberi izin kepada pihak Penguatkuasa Agama, JHEAINS untuk melakukan siasatan terhadap aduan berhubung dengan kesalahan dan tinggalan salah yang disyaki telah dilakukan oleh seseorang muslim di dalam negeri Sabah (Seksyen 53A (2) EPJS).

bullet

Memberi taklimat dan ceramah berhubung dengan undang-undang Syariah kepada warga jabatan dan awam melalui kursus,seminar dan sebagainya.


Piagam Pelanggan  

Demi menegakkan keadilan dan menjamin kesucian Islam serta menjaga kredibiliti perkhidmatan, maka kami berjanji untuk:

bullet

Melaksanakan tugas melalui konsep mesra.

bullet

Menghadapkan pesalah kes tangkapan di mahkamah dalam masa 24 jam, sekiranya semuanya ‘in order’ dan mahkamah bersedia.

bullet

Mengeluarkan Surat Izin Menyiasat (OTI) dalam tempoh 1 jam.

bullet

Memeriksa Kertas Siasatan (IP) yang dikemukakan oleh penyiasat dalam masa 1 hari.

bullet

Menguruskan pendaftaran Kes Aduan di mahkamah dalam masa 3 hari, sekiranya kertas siasatan yang dikemukakan oleh penyiasat lengkap, dan,

bullet

Menjalankan pendakwaan dengan penuh teliti, jujur dan bertanggungjawab.