Laman Utama

SEJARAH PENUBUHAN

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) merupakan agensi jabatan kerajaan negeri di bawah Jabatan Ketua Menteri, Sabah. JHEAINS ditubuhkan pada 1 Januari 1996 di atas keputusan Karbinet Negeri bagi melaksanakan dasar-dasar Majlis Ugama Islam Negeri Sabah. Tanggungjawab utamanya ialah menguatkuasakan undang-undang Islam berkaitan kekeluargaan Islam seperti perkahwinan, perceraian, nafkah, penjagaan; pengawalan sekolah-sekolah agama Islam; kesalahan-kesalahan jenayah syariah; penggunaan dan pentadbiran zakat dan fitrah; dan perkara-perkara lain berhubung dengannya serta meneruskan tugas dan tanggungjawab melaksanakan perkhidmatan yang sebelum ini dilaksanakan oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

VISI

Menjadi sebuah institusi agama Islam yang mampu mengembangkan syair Islam dan melahirkan masyarakat madani.

MISI

Memartabatkan ummah melalui tarbiyah dan dakwah.

MATLAMAT

Menjadi organisasi model dan mengangkat martabat ummah ke arah mencapai kebahagian dunia dan akhirat berasaskan nilai-nilai taqwa, budaya ilmu, amanah dan amal jamaie.

 OBJEKTIF

bullet

Memastikan pentadbiran diurus dengan cekap, telus dan amanah.

bullet

Memastikan tindakan penguatkuasaan undang-undang syariah dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan.

bullet

Melahirkan ilmuan Islam yang berakhlak menguasai pelbagai disiplin ilmu.

 STRATEGI

bullet

Mewujud dan membangunkan kumpulan pengurus dan anggotanya yang berdisiplin tinggi dan mengamalkan nilai-nilai kecemerlangan.

bullet

Memastikan usaha dakwah, tarbiyah masyarakat Islam dan masyarakat umum bagi menyeru membuat kebaikan dan melarang dari membuat kemungkaran, dilaksanakan oleh mereka yang berpengetahuan dan diberikan tauliah serta terlatih.

bullet

Memastikan masyarakat Islam mengetahui kesalahan jenayah dan hukum penguatkuasaan undang-undang Islam di Negeri Sabah.

bullet

Memastikan masyarakat Islam mengetahui dan memahami hal ehwal kekeluargaan menurut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam 1992 Negeri Sabah.

bullet

Memberikan pendidikan Islam kepada anak-anak orang Islam melalui Tadika, Sekolah-sekolah Agama Rendah, Menengah dan Tinggi; dan

bullet

Mengimarahkan dan menjadikan masjid dan surau gedung ilmu dan  penyatuan ummah sesuai masjid penjana masyarakat Rabbani