LATAR BELAKANG
1. Islam Hadhari adalah merupakan
dasar baru yang diperkenalkan kerajaan dalam pelaksanaan Islam di negara
ini. Melalui dasar tersebut, kerajaan berharap dapat melahirkan individu
dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual, akhlak,
intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke
hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara
bijaksana, rasional, praktikal dan damai.
2. Kabinet Persekutuan telah
memutuskan bahawa tahun 2005 adalah merupakan tempoh untuk memberi
penjelasan kepada seluruh rakyat mengenai matlamat pelaksanaan dasar
tersebut oleh kerajaan.
3. Jawatankuasa Induk Islam
Hadhari Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri
Malaysia telah memutuskan bahawa siri penjelasan dasar berkenaan di
setiap negeri hendaklah dimulai dengan Majlis Pelancaran Peringkat
Negeri.
4. Berdasarkan kepada ketetapan tersebut maka negeri Sabah juga akan
mengadakan Majlis Pelancaran Islam Hadhari Peringkat Negeri, cadangan
diadakan di Kota Kinabalu manakala majlis taklimat ke seluruh negeri
diadakan di setiap daerah.
KEADAH PELAKSANAAN
1. Majlis penjelasan dijalankan di
peringkat negeri dan peringkat daerah. Majlis peringkat negeri dijadikan
sebagai majlis pelancaran sementara majlis di peringkat daerah disebut
majlis taklimat Islam Hadhari.
2. Majlis pelancaran akan
dirasmikan oleh Y.A.B Ketua Menteri sementara majlis penjelasan di
daerah-daerah dilancarkan oleh Menteri/Pembantu Menteri atau ADUN
kawasan berkenaan.
3. Majlis Pelancaran Peringkat
Negeri dilaksanakan oleh jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Islam
Hadhari negeri dengan dipengerusikan oleh Y.B. Menteri di Jabatan Ketua
Menteri.
4. Majlis Taklimat di daerah-daerah pula, dipengerusikan oleh Pegawai
Daerah dengan diurusetiakan bersama pejabat daerah dan JHEAINS daerah
serta Unit Islam Hadhari JHEAINS sebagai penyelaras.
ATUR CARA
PELAKSANAAN
|
Bil |
Acara |
Jangkaan/Sasaran |
Tarikh |
Masa |
Tempat |
|
1 |
Bengkel
Penceramah Islam Hadhari (TOT) |
150 orang (bekal
penceramah) |
Jun 17, 2005 |
08.00pg -
04.00pm |
Dewan
Mubarak Masjid Bandaraya (MBR) |
|
2 |
Pameran &
Expo Perdagangan |
70 Gerai |
Jun 17-19,
2005 |
08.00pg -
04.00pm |
Kawasan
Letak Kereta MBR |
|
3 |
Kempen Derma
Darah |
Publik |
Jun 17-19,
2005 |
10.00pg-04.00pm |
Sekolah
Agama MBR |
|
4 |
Majlis
Pelancaran oleh Ketua Menteri dan penyerahan suratcara AJK
Pelaksana Islam Hadhari dan MOU Program Skor A antara MBR dan CEO
Skor A |
Kerajaan/Swasta/
Publik |
Jun 18, 2005 |
08.00pg-11.00pg |
Perkarangan
MBR |
|
5 |
Upacara
melepas anak ikan, projek ternakan ikan MBR oleh YAB Ketua Menteri |
MBR |
Jun 18, 2005 |
10.00 pg. |
Kolam Ikan
MBR |
|
6. |
Bengkel
Pengukuhan Pengurusan Masjid |
Pengerusi-Pengerusi Masjid Negeri Sabah, had 150 orang. |
Jun 19, 2005 |
08.00pg -
04.00pm |
Dewan
Mubarak, MBR |
URUSETIA
Unit Islam Hadhari
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.Mei 18, 2005 |