BAHAGIAN PENTADBIRAN
PEJABAT-PEJABAT AGAMA
WILAYAH / DAERAH


| Fungsi     | Carta Organisasi  |Strategi |

OBJEKTIF

  1. Mempastikan semua aktiviti pejabat agama daerah berjalan dengan baik dan sempurna sesuai dengan misi Jabatan.

  2. Mempastikan semua Jawatankuasa kariah di seluruh Sabah berjalan dengan baik dan sempurna mengikut kehendak Enakmen.

  3. Mempastikan penyelenggaraan hal ehwal tanah perkuburan Islam di seluruh Sabah dibuat dengan baik dan sempurna.

  4. Membantu Pejabat Pengarah dalam urusan pelantikan Imam-imam.

  5. Mempastikan semua pegawai dan staf JHEAINS di pejabat-pejabat Bahagian dan Daerah menjalankan tugas dengan sempurna.

  6. Menjadi perantara semua urusan pejabat-pejabat JHEAINS daerah dengan Ibu pejabat JHEAINS.

  7. Mempastikan pengurusan dan pentadbiran pejabat JHEAINS Bahagian dan Daerah responsif terhadap pembangunan masyarakat Islam setempat dan membuat tindakan dengan segera.

  8. Menetukan persempadanan kariah.

  9. Menyediakan pengkalandata kependudukan.

FUNGSI:

  1. Memantau keberkesanan pengurusan dan pentadbiran Pegawai tadbir Agama, Penolong Pegawai Tadbir Agama di bahagian dan daerah.

  2. Membuat pemeriksaan keperluan-keperluan peralatan pejabat-pejabat JHEAINS bahagian dan daerah serta mengambil tindakan susulan bagi memudahkan pihak pengurusan kewangan membuat pembelian.

  3. Menganalisa keperluan Imam-imam dan membuat perakuan perlantikan Imam kepada pihak pengurusan JHEAINS.

  4. Menjaga dan memantau pengurusan jawatankuasa kariah bersesuaian dengan kehendak kaedah pengurusan kariah negeri Sabah.

  5. Membuat lawatan dan pemeriksaan pengurusan penjagaan Tanah Perkuburan
    Islam.

  6. Memastikan pembangunan masjid dan surau yang baru dibuat sesuai dengan keperluan setempat dan keadaan serta jumlah penduduk Islam dalam sesebuah kawasan.

  7. Mempastikan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembaikan masjid dan surau dibuat dengan sempurna selaras dengan kehendak hukum syarak.

  8. Bekerjasama dengan bahagian pendidikan dalam menyelaras pengurusan sekolah
    di seluruh Sabah.

  9. Bekerjasama dengan bahagian-bahagian seperti Bahagian Pentadbiran Syariah dan Bahagian Penguatkuasa dan Penyiasatan dalam mempastikan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan diikuti oleh staf di daerah-daerah ketika menjalankan tugas.

  10. Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan NGO dalam mempastikan
    jumlah penduduk dalam satu kariah.