| Fungsi | Carta Org. |

BAHAGIAN PENTADBIRAN SYARIAH

PENGENALAN BAHAGIAN PENTADBIRAN SYARIAH 

 Bahagian Pentadbiran Syariah dahulunya dikenali sebagai Unit Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR). Sebelum tahun 1990. Unit Nikah, Cerai dan Rujuk merupakan sebahagian daripada tugas-tugas pejabat Qadhi Bahagian. Mulai tahun 1990. Unit NCR telah diwujudkan di peringkat Ibu Pejabat dan dari tarikh yang sama pentadbiran aktiviti NCR telah dipisahkan secara total dari Pejabat Qadhi Bahagian. Di peringkat Bahagian dan Daerah aktiviti tersebut dipertanggungjawab kepada imam-imam Bahagian. Daerah, dan Kariah atas penyeliaan oleh Pegawai dan Penolong Pegawai Perhubungan. Kaedah pelaksanaan tugas-tugas tersebut lebih merupakan penerusan dan kesinambungan tugas-tugas yang diwarisi daripada Pejabat Qadhi Bahagian. Prosidur dan gerakkerja aktiviti tersebut di peringkat Daerah/Bahagian kini sedang menghadapi pelbagai kerumitan disebabkan oleh struktur dan tenaga yang ada tidak dapat menampung  keperluannya secara pentadbiran perundangan dan keperluan publiknya.

 Keperluan mentadbir aktiviti ini dengan lebih  berkesan dan secara perundangan, infrastruktur pentadbiran yang ada telah dan akan diberi perhatian supaya wujud kesepaduan di antara hasrat mewujudkan khidmat kekeluargaan Islam yang menepati keparluan Hukum Syara’.
 

 FUNGSI DAN AKTIVITI BAHAGIAN PENTADBIRAN SYARIAH (BPS

1. Aktiviti dan fungsi Bahagian Pentadbiran Syariah yang ditangani adalah seperti berikut;

   1.1. Aktiviti Pembangunan Keluarga: meliputi tugas dan tanggungjawab seperti:

          (1)          Urusan pernikahan, perceraian dan ruju’ (NCR) disemua peringkat;

          (2)          Menerima, meneliti dan meluluskan permohonan NCR.

          (3)          Memproses permohonan awal poligami;

          (4)          Mendaftar NCR dan poligami:

          (5)          Menerima aduan dan menyelidik mana-mana pernikahan dan                                    percerian  yang bertentangan dengan Hukum Syara’;

           (6)          Mengurus dan mentadbir perkara-perkara dalam tuntutan nafkah.

     1.2.      Aktiviti Rundingcara Keluarga; meliputi tugas dan tanggungjawab seperti;

           (1)        Rundingan;

           (2)        Mendengar pengaduan dan mencari jalan penyelasaian masalah                               rumahtangga suami isteri;

            (3)        Memberi nasihat kepada pihak yang bermasalah;

            (4)        Memberi bimbingan keagamaan dalam keluarga Islam kepada                                  mereka yang bermasalah; dan

             (5)       Kebajikan keluarga Islam.

 

 

Hakcipta Terpelihara  JHEAINS © 2001