Festival Nasyid, Seni Khat, Kompang & Marhaban
Konvensyen & Ekspo Halal Serta Pesta Buku
Nadwah Sastera & Ucapan Puisi Islam
Bicara Seni di RTM Sabah

FESTIVAL NASYID
Festival Nasyid Negeri Sabah memaparkan salah satu bentuk kesenian
Islam yang diminati oleh generasi muda iaitu seni nasyid. Festival ini
diadakan di peringkat daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan.

OBJEKTIF:
Menjadikan nasyid sebagai media dakwah berkesan;
Membentuk akhlak cemerlang di kalangan generasi muda;
Sebagai alternatif kesenian berlandaskan Islam; dan
Membentuk daya kepimpinan dalam berpersatuan atau berkumpulan.
TARIKH PERTANDINGAN NASYID:
Peringkat Negeri : 22-24 Julai 2008
Peringkat Kebangsaan
: 25 Oktober 2008
Muat turun Fail PDF : Aturcara Festival Nasyid.pdf


FESTIVAL SENI KOMPANG & MARHABAN
Festival Seni Kompang dan Marhaban kali keempat ini adalah merupakan
program kesenian dan kebudayaan Islam.

OBJEKTIF:
Menyuburkan kecintaan kepada sirah Rasulullah s.a.w. melalui seni
  kompang, barzanji dan marhaban;
Menjadikan kesenian dan kebudayaan Islam sebagai alternatif terbaik dari
  kesenian lain;
Memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap warisan seni budaya
  Islam khususnya generasi muda; dan
Membudayakan seni Kompang dan Marhaban di kalangan masyarakat.
TARIKH PERTANDINGAN SENI KOMPANG & MARHABAN:
Peringkat Negeri : 22-24 Julai 2008
Muat turun Fail PDF :

Aturcara Festival Seni Kompang & Marhaban.pdf



EKSPO HALAL & PESTA BUKU
Ekspo Halal diadakan bagi memperkenalkan produk halal yang terdapat
dalam pasaran, manakala Pesta Buku menggalak kepada mencintai buku
dan memberi peluang kepada masyarakat memperolehi pelbagai buku
dari pelbagai penerbit di bawah satu bumbung.

OBJEKTIF:
Memberi maklumat dan pilihan penggunaan tentang produk halal;
Menanam kecintaan kepada budaya membaca kalangan masyarakat; dan
Pembudayaan ilmu.

KONVENSYEN HALAL
Konvensyen Halal adalah salah satu cara mendidik masyarakat tentang penggunaan produk halal yang meliputi semua elemen yang menjurus kepada halal dan haram suatu makanan atau barangan mengikut
hukum Syarak.

OBJEKTIF:
Memberi kefahaman dan kesedaran tentang penggunaan produk halal
  kepada masyarakat;
Memberi kefahaman tentang pengurusan persijilan Halal; dan
Pembudayaan ilmu.
NOTA PENTING:
Ekspo Halal & Pesta Buku : 21 - 25 Julai 2008 (9.00 pagi - 10.00 malam)
Konvensyen Halal
: 24 Julai 2008 (7.00 pagi - 12.30 petang)
Muat turun Fail PDF : Aturcara Konvensyen Halal.pdf

MAHRAJAN SASTERA ISLAM NEGERI SABAH 1429H
Mahrajan Sastera Islam Sabah ke-18 adalah aktiviti tahunan sempena sambutan Maulidur Rasul SAW yang menonjolkan aktiviti sastera berunsur Islam. Program ini adalah dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka Cawangan Sabah dan agensi-agensi Kerajaan dan Persekutuan.

OBJEKTIF:
Memartabatkan seni sastera Islam;
Mengasah bakat penulisan berunsur Islam di kalangan penulis; dan
Pembudayaan ilmu.
PENGISIAN:
Nadwah Sastera Islam;
Pengucapan Puisi Islam;
Anugerah Penyair Islam Sabah;
Peraduan Menulis Puisi dan Cerpen berunsur Islam.
Muat turun Fail PDF:
Aturcara Nadwah Sastera Islam & Pengucapan Puisi Islam.pdf
Aturcara Majlis Penutupan.pdf
Jadual Penuh Aktiviti Sepanjang Karnival Kesenian Islam 2008.pdf

| Laman Utama |
.::Menjana Ummah Gemilang::.
Copyright @ 2008 Unit Kesenian & Hari Kebesaran Islam JHEAINS