| Sejarah |
|
|
Pengenalan
Jabatan Cetak telah ditubuhkan pada tahun 1883 di Kudat oleh Pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara atau The British North Borneo Chartered Company. Sejak ia bermula lebih 100 tahun dahulu, Jabatan ini memainkan peranan utama sebagai penyebar maklumat untuk Kerajaan di Negeri ini. Pada hari ini, tugas atau peranan utama jabatan ini telah bertambah luas untuk melingkungi segala keperluan seperti pembekalan alat-alatulis dan lain-lain lagi yang diperlukan untuk pentadbiran harian Kerajaan, termasuk percetakan Kertas Undi Pilihanraya. Percetakan Kertas Undi diperlukan oleh kerana sejak Sabah mencapai kemerdekaan menerusi Malaysia dalam tahun 1963 Negeri ini turut mengamalkan sistem dan prinsip Demokrasi.
Sejarah awal menunjukkan bahawa Persatuan Perniagaan North Borneo1 telah ditubuhkan pada tahun 1881 untuk mentadbir Negeri ini, dan pada tahun 1882 dengan rasminya diiktiraf oleh Kerajaan British dan diubah namanya dengan "The British North Borneo Company" atau Syarikat Borneo Utara Inggeris. Di bawah Pemerintahan Syarikat tersebut Jabatan Cetak diketuai oleh seorang Penguasa (superintendent) yang juga bertugas sebagai Editor, "The Herald" (1883-1941)2. Pegawai terkanan selepas Penguasa ialah Pencetak Kerajaan yang mengawal semua bahagian atau seksyen seperti letrik, alatulis, komposing, percetakan dan penjilidan. Editor yang utama ialah Encik D.D. Daly dan beliau juga adalah Setiausaha sulit kepada Gabenor (Private Secretary to H. E. the Governor) manakala Pencetak Kerajaan Pertama ialah Encik Thomas James Kenaughran. Sistem Pentadbiran dan Stuktur organisasi berbeza jika dibuat perbandingan. Pada masa jajahan British, Ketua Jabatan ialah Pencetak Kerajaan dan Pegawai yang terkanan ialah Penguasa yang mengawal semua bahagian produksi manakala pada masa ini, Ketua Jabatan ialah Pencetak Kerajaan Sabah atau Pegawai Penerbitan, gred N54 dan dibantu oleh seorang Timbalan Pencetak, gred N48, dua (2) orang Pegawai Penerbitan, gred N41 dan beberapa orang Ketua Seksyen gred N32 dan N27. Dari Kudat, Jabatan Cetak Kerajaan3 dipindah ke Sandakan pada awal tahun 1885 dan kemudian dipindah semula ke Jesselton atau Api-Api4, bangunannya pada masa itu terletak di 51 Gaya Street5. Pada tahun 1935 Jabatan Cetak sekali lagi berpindah ke Sandakan sehingga meletusnya perang dunia kedua. Semasa peperangan, Jabatan Cetak ditadbir oleh Tentera Jepun sehingga mereka menyerah kalah. Selepas perang dunia kedua pada tahun 1945, Kerajaan British sekali lagi mentadbir negeri ini selepas membelinya daripada Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan menjadikan Negeri Sabah sebagai jajahannya6. Jabatan Cetak bertapak semula di Kota Kinabalu. Bangunan tetap Jabatan Cetak Kerajaan Sabah di Kilometer 7, Jalan Kepayan telah siap dibina pada tahun 1950 dan digunakan sehingga tahun 1977. Dengan adanya bangunan itu, beberapa alat percetakan Letterpress kuasa elektrik seperti Linotype dan mesin cetak centurion mulai digunakan selain mesin-mesin yang dikendalikan secara manual. Selepas Sabah
mencapai kemerdekaan dalam Malaysia pada tahun 1963, jabatan ini terus
berkembang mengikuti perkembangan pembangunan Negeri yang pesat pada masa
itu. Bilangan pegawai dan kakitangan juga telah bertambah kepada lebih
100 orang berbanding cuma lebih 28 orang selepas perang dunia kedua. Datuk
Sulong Sariul telah dilantik sebagai Pencetak Kerajaan pada tahun 1965.
Ketua-Ketua
Jabatan dari tahun 1883 hingga ke hari ini adalah seperti berikut:-
Sumber nama-nama Ketua Jabatan dari Laporan Tahunan Jabatan Cetak Kerajaan (Government Printing Office, Public Record office, London/ Jabatan Arkib Negeri, Kota Kinabalu). |
| .. |
Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi kami melalui e-mel:
Webmaster
atau
Telefon: 088-538239 Faks: 088-217034
Alamat: Km. 4, Jalan Tuaran, Beg Berkunci 2004, 88554 Kota Kinabalu, Sabah.