| Perutusan |
|
|
PERUTUSAN
DARI PENCETAK KERAJAAN SABAH
Selamat Datang Ke Laman Jabatan Cetak Kerajaan Sabah! Sebagai sebuah jabatan yang tunggal di negara ini, yang memberikan perkhidmatan percetakan dan bekalan alat tulis kepada agensi-agensi Kerajaan Negeri di Sabah, Jabatan Cetak Kerajaan Sabah tentunya tidak terkecuali dalam proses perubahan tersebut, walaupun dalam mengharungi era konsep Kerajaan Elektronik yang mana penggunaan kertas akan kian berkurangan, namun jabatan ini masih dapat memainkan peranan penting sebagai penyumbang kepada perkhidmatan percetakan dalam media cetak. Perkembangan kemajuan teknologi masakini banyak membantu bagi mempercepatkan proses percetakan dan penemuan serta kemunculan kaedah-kaedah baru bukan sahaja dapat memudahkan sesuatu proses kerja, tetapi ia juga dapat menjimatkan kos. Untuk merealisasikan objektif jabatan ini, beberapa langkah perlu diambil seperti meningkatkan sistem perkhidmatan yang sedia ada ke arah yang lebih berkesan dan berkualiti dengan berkonsepkan 'Cepat dan Tepat'. Jabatan Cetak Kerajaan pastiboleh! Sekian, terima kasih. PENCETAK
KERAJAAN
|
| .. |
Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi kami melalui e-mel:
Webmaster
atau
Telefon: 088-538239 Faks: 088-217034
Alamat: Km. 4, Jalan Tuaran, Beg Berkunci 2004, 88554 Kota Kinabalu, Sabah.