| Bawah
Jabatan Cetak menawarkan
perkhidmatan percetakan kepada semua Pejabat Kerajaan. Di antara perkhidmatan
yang boleh diberi ialah pencetakan 'Black and White', 'Spot Colour', 'Color
Process' dan 'Hot Stamping'.
Perkhidmatan Pencetakan:-
.
Produk rasmi
-
Perlembagaan Negeri
-
Undang-undang negeri
-
Kertas Undi Pilihanraya
(wakil PNMB)
-
Peraturan-peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah
-
Arahan Perkhidmatan
Awam Negeri
-
Warta Kerajaan Negeri
-
Buku Anggaran Hasil
dan Perbelanjaan Tahunan Negeri
-
Kertas Sidang Dewan Undangan
Negeri
-
Buku Am Kerajaan Negeri
-
Majalah Am Kerajaan
Negeri
-
Buku Cenderamata Rasmi
Negeri
-
Buku Aturcara Rasmi.
|
.
-
Watikah Pelantikan Rasmi
-
Buku Daftar Rasmi Negeri
-
Sijil Rasmi Negeri
-
Poster Rasmi Negeri
-
Borang Rasmi Negeri
-
Resit Rasmi Negeri
-
Kad Undangan Rasmi Negeri
-
Kad Rasmi Kerajaan
-
Kepala Surat Rasmi Negeri
-
Penjilidan Buku Am Negeri
-
Produk Am Bercetak Rasmi
Kerajaan Persekutuan (Tertakluk kepada kelulusan pihak berkenaan)
|
| Indeks senarai
nama Kertas dan Bod
|
Format Pencetakan
dari pelanggan (Customers' Artwork)
NOTA:
Teks - (Texts
Job)
Jabatan menerima
bahan-bahan untuk dicetak dari pelanggan dalam bentuk 'manuscripts'.
Pejabat kerajaan
yang bercadang untuk menerbitkan bahan-bahan pencetakan, di mana kerja-kerja
menaip menggunakan komputer, ataupun peralatan yang serupa dengannya, disarankan
agar membuat salinan fail disket, CD-R/RW, DVD, USB Pen Drive, USB External Hard
Disk dan disertakan bersama 'hard-copy'
apabila memesan untuk mencetak bahan tadi di jabatan ini.
Jabatan boleh menerima
format-format fail DOC (MSWords), PMx(PageMaker), Adobe InDesign, RTF(Rich Text Format), TXT(Text), PDF(Portable Document Format), HTML,
XLS(MSExcel), EPS(Enscapulated PostScript ), MS Publisher, Open Office (ODT), dsb. dalam pletfom Windows.
Tujuan syor di atas
ialah, pertama -mengelakkan penduaan ataupun penduplikasian
kerja menaip-proses; kedua -mempercepatkan penyiapan pesanan
kerja.
Senarai nama stok
kertas dan bod
Kertas yang digunakan
untuk mencetak kerja ditentukan oleh pelanggan. Bagaimanapun, jabatan ini
memilih kertas yang paling sesuai dari segi kos dan kesesuaian kerja, jika
pelanggan tidak sedia maklum dengan proses yang terlibat dalam percetakan.
[Klik indeks untuk
melihat senarai nama kertas dan bod]
| Indeks senarai
nama Kertas dan Bod
|
Siapa Yang Boleh
Mendapatkan Perkhidmatan Percetakan
Dikhususkan Kepada
Pejabat Kerajaan Negeri
-
Kementerian-Kementerian
-
Jabatan-Jabatan
-
Badan-badan Berkanun
-
Kuasa-kuasa Tempatan
Nota: Perkhidmatan
ini pada dasarnya tidak ditawarkan kepada sektor bukan kerajaan. Walau
bagaimanapun, kepada pertubuhan-pertubhan sukarela, pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) dan pihak-pihak tertentu, boleh juga memohon kelulusan perkhidmatan
dari Pencetak Kerajaan.
Cara-cara memesan
Perkhidmatan Pencetakan adalah seperti berikut:-
Pejabat kerajaan
yang memerlukan perkhidmatan ini hendaklah menggunakan mod pesanan berikut.
Pertama - (Sistem
JCK)
Semua agensi kerajaan negeri yang mempunyai
kemudahan internet hendaklah menggunakan Sistem JCK. Pesanan boleh dibuat
secara online. Pesanan dibuat oleh pegawai pemesan dan pesanan akan disahkan
oleh pegawai mengesah. Bagaimanapun bahan untuk dicetak dalam bentuk cetakan
(hard copy) dan media simpanan digital hendaklah dihantar ke pejabat jabatan
ini.
Laman Sistem JCK ialah di http://sww.jpkn.sabah.gov.my/jabatancetakkerajaan/
Kedua - (Surat)
Membuat permohohonan
rasmi pesanan mencetak melalui surat yang dialamatkan kepada:-
Alamat:
Pencetak Kerajaan
Jabatan Cetak Kerajaan
Km. 4, Jalan Tuaran
Beg Berkunci 2004
88554 KOTA KINABALU
Nota: Sila
berikan nama penuh, nombor telefon ataupun nombor faksimili, alamat e-mail
pegawai yang menandatangani surat pesanan ini. Maklumat di atas diperlukan
untuk tujuan mempastikan kesahihan pesanan.
Ketiga - (Borang
JCK)
Mengisi borang pesanan
percetakan menggunakan Borang Pesanan Untuk Kerja-kerja Yang Hendak Dicetak
(JCK 'A'). (Klik untuk
melihat Borang JCK 'A' - PDF).
Jika
anda tidak mempunyai perisian untuk membaca fail format .PDF,
sila
klik di sini untuk memuat-turun perisian Adobe Acrobat Reader
(.PDF)
Borang hendaklah
dihantar ke pejabat ini, alamat, faksimili.
Nota: Sila
berikan nama penuh, nombor telefon ataupun nombor faksimili, alamat e-mail
pegawai yang menandatangani surat pesanan ini. Maklumat di atas diperlukan
untuk tujuan mempastikan kesahihan pesanan.
Keempat
- (E-mail dan Faks)
-
Membuat pesanan rasmi
mencetak melalui e-mail kepada Pencetak Kerajaan Salsidu.Ibrahim@sabah.gov.my
Nota: Sila
berikan nama penuh, nombor telefon ataupun nombor faksimili, alamat e-mail
pegawai yang menandatangani surat pesanan ini. Maklumat di atas diperlukan
untuk tujuan mempastikan kesahihan pesanan.
-
Mengirimkan faksimili
surat pesanan rasmi mencetak kepada Pencetak Kerajaan.
Nombor faks:
088-217034
Nota: Sila
berikan nama penuh, nombor telefon ataupun nombor faksimili, alamat e-mail
pegawai yang menandatangani surat pesanan ini. Maklumat di atas diperlukan
untuk tujuan mempastikan kesahihan pesanan.
Cara Pembayaran agensi
Kerajaan Negeri Sabah
NOTA: Bagi
semua agensi kerajaan negeri kos percetakan dan pembekalan alat tulis adalah pra-bayar.
Cara Pembayaran
agensi Kerajaan Persekutuan
Bayaran boleh dibuat
di Seksyen Akaun menggunakan mod pembayaran kerajaan seperti :-
- Kew. 304 - Pin.
1/92(Cek). Bayar kepada Pencetak
Kerajaan.
Cara Pembayaran
Bukan Kerajaan (di kaunter Seksyen Akaun)
Tunai, Wang Pos,
Kiriman Wang, Draf Bank - Bayar kepada
Pencetak
Kerajaan. Pembayaran hendaklah dibuat
di kaunter Seksyen Akaun.
NOTA: Cek
Peribadi tidak dilayan.
Semua pembayaran/urusniaga
dalam bentuk Ringgit Malaysia.
Perkhidmatan Penghantaran
Jabatan Cetak menyediakan perkhidmatan
penghantaran terus bahan-bahan yang dipesan ke semua pejabat agensi kerajaan
di kawasan-kawasan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Daerah Penampang, Daerah
Papar, Daerah Tuaran dan Daerah Kecil Tamparuli.
Pertanyaan progres
pesanan
-
Agensi kerajaan negeri yang mempunyai kemudahan
internet boleh menyemak progres pesanan percetakan secara online melalui
Sistem JCK di http://sww.jpkn.sabah.gov.my/jabatancetakkerajaan/
-
Menghubungi Unit Penyelarasan dan Perhubungan
Awam. Telefon - 088-538261 (talian terus).
Keterangan Lanjut
Semua pertanyaan
berhubung perkhidmatan percetakan hendaklah menghubungi pegawai berkenaan:-
Spesifikasi dan cadangan
percetakan - Ketua Penolong Pencetak II, Bahagian Perancangan dan
Pengeluaran. Telefon - 088-538203 (talian terus). Telefon,
faksimili,
surat
E-mail: Politin.Mobiji@sabah.gov.my
Anggaran kos percetakan
- Ketua Unit Anggaran dan Kos Percetakan, Telefon - 088-538744 (talian
terus) Telefon, faksimili,
surat.
Perhubungan
Nombor
telefon:
088-538767 (Operator Telefon/Pertanyaan)
Nombor
faksimili:
088-217034
Jangkamasa
Pesanan Percetakan Boleh Disiapkan.
Ini bergantung kepada
jenis 'artwork' dalam proses-proses yang dilalui. Sebagai contoh
penyemakan pruf yang rapi oleh pelanggan sendiri bagi kerja yang belum
pernah dicetak.
Atas |