Home


 

Panduan Pengguna

..
[Cara Memohon Cuti] [Siapa Bercuti] [Hari Kelepasan Am] [Tukar Password] [Rekod Cuti]
..

Cara Memohon Cuti (Untuk Cuti Tahunan Sahaja)

Tatacara untuk memohon cuti tahunan: 
  • Ketik borang grafik (seperti yang ditunjukkan di bawah) yang disediakan di sebelah atas kiri paparan laman. 

  • Pilih nama anda melalui popup yang disediakan dan masukkan kata laluan anda. Tekan Login untuk masuk ke skrin borang cuti. 

  • Jika anda tidak pasti atau tidak tahu apakah kata laluan anda, sila tekan perkataan 'beritahu' pada ayat di bawah bebutang Login. Di skrin yang seterusnya masukkan alamat mel elektronik rasmi anda (alamat yang digunapakai dalam rangkaian Sabah.Net) dan tekan bebutang 'Beritahu Saya'. 
    Paparan mesej akan dikeluarkan untuk memaklumkan bahawa kata laluan anda akan dihantar melalui mel. Mesej yang lain akan dikeluarkan jika alamat e-mel anda tidak didaftarkan untuk penggunaan E-cuti. 
  • Jika kata laluan anda telah dikenalpastikan oleh sistem, skrin borang cuti akan dipaparkan. Lengkapkan butir-butir permohonan cuti anda di ruang yang disediakan dan kemudian tekan bebutang Hantar. (Makluman: permohonan cuti tidak akan diproses jika tiada nama pegawai yang meluluskan cuti anda didaftarkan dalam sistem. Jika berlaku hal demikian sila maklumkan kepada kerani mengawal rekod-rekod cuti di Bahagian Pentadbiran untuk mendaftarkan nama pegawai ke dalam sistem.) 
  • Skrin yang berikutnya akan memberitahu bahawa permohonan anda telah dikirimkan dan samada anda ingin memohon cuti lain. Tekan bebutang "Ya" atau "Tidak" untuk menjawab. Jika Ya, skrin permohonan cuti yang baru akan dipaparkan untuk anda. Jika Tidak, skrin kembali ke senarai cuti-cuti anda. 
  • Sila semak status permohonan cuti yang baru sahaja dipohon. Status "Dalam Process" akan dipaparkan sekiranya pegawai yang meluluskan cuti anda belum meluluskan cuti tersebut. Manakala status "Diluluskan" akan dipaparkan sekiranya cuti anda telah diluluskan. 
  • Sila semak juga di akaun mel anda untuk memastikan samada pegawai yang meluluskan cuti anda telah memberi maklumbalas. 


Siapa Bercuti

Kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk menyenaraikan kakitangan-kakitangan yang bercuti adalah berikut:
(sila lihat sebelah kiri paparan laman)
  • memasukkan tarikh yang dikehendaki dan mengetik bebutang Siapa 
  • memasukkan bulan dan tahun yang dikehendaki dan mengetik bebutang Siapa 
  • mengetik 'hyperlink' Hari Ini 
  • mengetik 'hyperlink' Bulan Ini 
  • mengetik 'hyperlink' Tahun Ini


Hari Kelepasan Am

Untuk mendapatkan maklumat hari-hari kelepasan am bagi tahun semasa sila tekan numbor tahun yang disediakan.


Penyelenggaraan

Tukar Password
Fasiliti untuk menukar kata laluan (password) ada disediakan. Untuk menukar password sila tekan 'hyperlink' Tukar Password dan isikan butir-butir yang diperlukan di sebelah kanan skrin.


Rekod Cuti

Untuk melihat rekod-rekod cuti seseorang kakitangan sila pilih nama kakitangan yang berkenaan dan rekod-rekod cutinya akan dipaparkan di sebelah kanan skrin.

 


Balik Ke Atas

Home