Jabatan Cetak Kerajaan

Home
Maklumat JCK
STRUKTUR ORGANISASI DAN TUGASAN (samb.)
 
2. Bahagian Perancangan dan Pengeluaran 

- Ketua Bahagian:-
  • Ketua Penolong Pencetak Kerajaan (Pegawai Penerbitan, N48)
- Penolong Ketua Bahagian:-
  • Penolong Pencetak Kerajaan I (Pegawai Penerbitan, N44)
  • Penolong Pencetak Kerajaan II (Pemasaran) (Pegawai Penerbitan, N41)
    • Diwujudkan untuk meningkatkan keberkesanan aliran kerja, gunatenaga, serta kualiti di bawah kawalannya; 
    • Bertanggungjawab untuk mengumpul, menganalisa, serta merancang data-data keperluan percetakan dari semua Jabatan, Kementerian dan Agensi Kerajaan Negeri Sabah;
    • Mengeluarkan Arahan Proses Kerja Percetakan serta menyelaras dan mengawal aktiviti-aktiviti pra-cetak, percetakan dan penjilidan di samping memperaku anggaran dan nilaiharga kos percetakan.
Fungsi Unit-Unit Di Bawah Kawalan
  • Unit Kos Percetakan
  • Seksyen Pra-Cetak
  • Seksyen Percetakan ofset Litografi
  • Seksyen Penjilidan
2.1. Unit Kos Pencetakan
    Ketua Unit:
  • Pembantu Penerbitan, N26
  • Pembantu Penerbitan, N22

  • Kakitangan:-
  •  Pembantu Penerbitan, N17
Unit ini merangkumi dua sub-unit iaitu:-
  • Unit Data Pelanggan, Penyelarasan dan Hubungan Awam
  • Unit Anggaran dan Kos Percetakan.
Unit ini dikendalikan seperti berikut:-
  • Menerima arahan daripada Ketua Bahagian Perancangan dan Pengeluaran untuk pengeluaran Doket/Tiket Arahan Kerja.
  • Meniliti/merekod setiap pesanan kerja.
  • Bertanggungjawab mengenai keperluan bahan-bahan percetakan dan penjilidan dan anggaran harga sebenar.
  • Memberi maklumat kemajuan progress kerja
  • Menyelaras tempahan, menyediakan spesifikasi kerja, menyemak stok bahan keperluan dan menyediakan surat pembelian stok kepada Ketua Bahagian
2.2. Seksyen Pra-Cetak
    Ketua Seksyen: -
  • Penolong Pegawai Penerbitan, N27 

  • Ketua Unit :
  • Pembantu Penerbitan, N26
  • Pembantu Penerbitan, N22

  • Kakitangan:
    -
  • Pembantu Penerbitan, N17
Seksyen ini bertanggungjawab menyelaras dan merancang gunatenaga, bahan-bahan keperluan pencetakan serta peralatan dengan berpandukan kepada keperluan semasa dan pesanan yang diterima oleh Jabatan. Seksyen ini juga berperanan untuk memastikan kerja-kerja persediaan pra-cetak dapat disempurnakan untuk kerja-kerja pencetakan dan penjilidan.

Unit-unit di bawah Seksyen Pra-Cetak:-
  • Unit Pembaca Pruf
  • Unit Grafik dan Reka Letak
  • Unit Kamera, Plat dan Percetakan digital
Unit Pembaca Pruf
  • Membuat pembacaan pruf yang ditaipset oleh Unit Aturhuruf Komputer.
  • Membuat pembacaan mengikut Style of the House.
  • Membuat pembacaan pruf untuk kerja bertaraf Terhad, Rahsia, Sulit dan Kerja-kerja Am.
  • Membuat semakan mengikut bahan yang dibekalkan oleh pelanggan seperti gambar, kerja seni, ukiran, warna yang diperlukan dan lain-lain.
  • Menyusun nombor/folio bagi setiap muka surat.
  • Membuat semakan pruf layout yang sedia untuk diproses
  • Menyusun format penerbitan warta-warta kerajaan.
  • Menyediakan indeks penerbitan warta-warta kerajaan.

Unit Grafik dan Reka Letak

Unit ini merangkumi dua sub-unit iaitu:-
  • Unit Aturhuruf Komputer dan Grafik/Designer
  • Unit Reka Letak.
Fungsi Utama
  • Membuat taipset/reka letak mukasurat menggunakan komputer (desktop publishing).
  • Reka bentuk, pisah warna, edit imej.
  • Pengeluaran filem ke imagesetter (computer to film).
  • Membuat pengubahsuaian salinan asal pelanggan yang dibekalkan dalam bentuk digital. 
  • Membuat taipset bertaraf Terhad, Rahsia, Sulit dan kerja am.
  • Cetakan pruf untuk pembacaan pruf. 
  • Cetakan pruf untuk pelanggan.
  • Membuat kerja reka letak/reka bentuk dan menyediakan dummy untuk pencetakan hitam putih atau berwarna penuh cara cetakan ofset.

  • Membuat pembetulan teks yang telah disemak oleh Pembaca Pruf.

  • Membuat perancangan kerja mengikut ukuran percetakan, cara penjilidan dan kesesuaian mesin mencetak.

  • Menyusun filem mengikut reka letak.

  • Menyimpan gambar, bahan asal pelanggan dan filem-filem yang telah digunakan dalam cabinet.

  • Menyemak reka letak/kerja seni sebelum diproses.

  • Menyambung filem.

  • Menyediakan filem yang telah disambung untuk penyediaan plat.

  • Menyemak filem dalam simpanan untuk cetakan semula sebelum penyediaan plat.

Unit Kamera, Plat dan Percetakan Digital
  • Menggambar kerja yang telah direka letak atau kerja seni (line work) untuk filem negatif atau filem positif mengikut ukuran.
  • Menggambar kerja percetakan hitam putih (half tone work) atau (colour line work).
  • Memproses filem yang telah digambar.
  • Membuat kerja film retouching, stripping.
  • Menyemak film density menggunakan kanta atau densitometer.
  • Mengekspos filem yang telah disambung untuk kerja percetakan hitam putih (line work/half tone) mengikut kesesuaian mesin pencetakan ofset.
  • Membuat punch register untuk plat yang dicetak warna sebelum diekspos.
  • Memproses plat yang telah diekspos seperti mencuci, memadam non-image dan menyapu gam.

  • Mencetak kerja percetakan menggunakan pencetak digital seperti mesin pencetak Xerox untuk kerja-kerja percetakan hitam putih dan warna penuh.

  • Mencetak grafik kegunaan luar bangunan seperti poster, kain rentang, pembungkus dan lain-lain menggunakan pencetak warna pancut (ink jet printer) format lebar.

 

Home