Home | Perkhidmatan
 
Perkhidmatan - Latihan Praktikal IPTA & IPTS/Lawatan
Jabatan Cetak Kerajaan

Perkhidmatan
yang ditawarkan
kepada semua 
Pejabat kerajaan 
Negeri


Pencetakan

Pencetakan

Penjilidan Khas

Pembekalan Alat Tulis

Terbitan Kerajaan

Borang Am Rasmi

Produk Terkawal

Bekalan Alat tulis


Perkhidmatan
yang ditawarkan
kepada semua -

  • Kerajaan
  • Bukan 

  • Kerajaan
  • Individu


Terbitan Kerajaan

Kursus Pendek

Latihan  Praktikal

Lawatan Sambil
Belajar


Bawah

Latihan Industri dsb. bagi Pelajar IPTA dan IPTS

Jabatan ini mengalu-alukan pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA & IPTS) untuk membuat latihan praktikal, ataupun yang serupa dengannya, di jabatan ini. Tawaran ini ditujukan khusus kepada pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang percetakan serta, kursus-kursus yang ada hubungan-kait dengan industri percetakan.

Di masa yang lalu jabatan ini menerima pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi tempatan yang dikehendaki mengikuti latihan praktikal sebagai prasyarat  pengajian. 

Cara Memohon Latihan Praktikal/Industri

Pihak berkenaan yang ingin mengikuti program ini hendaklah menulis surat permohonan kepada Pencetak Kerajaan.

Lawatan Sambil Belajar

Jabatan ini juga mengalu-alukan lawatan dari pihak yang berminat untuk mendapatkan informasi tentang proses-proses percetakan. Oleh itu jabatan bersedia menerima pelawat, rombongan yang datang membuat lawatan sambil belajar ke jabatan ini. 

Kumpulan yang sering membuat lawatan sambil belajar ialah rombongan pelajar sekolah rendah dan menengah. Jabatan menyediakan pegawai untuk memberi taklimat serta membawa pelawat ke bengkel melihat proses-proses percetakan yang terlibat dalam pengeluaran produk bercetak.

Cara Memohon Lawatan Sambil Belajar

Pihak  yang ingin membuat lawatan sambil belajar ke Jabatan ini hendaklah menulis surat kepada Pencetak Kerajaan untuk memohon kelulusan dan penetapan masa dan tarikh lawatan sambil belajar itu. 

Kelulusan diberikan kepada permohonan untuk membuat lawatan dalam bentuk rombongan sahaja. 

Perhubungan

Alamat
Pencetak Kerajaan
Jabatan Cetak Kerajaan
Km. 4, Jalan Tuaran
Beg Berkunci 2004
88554 KOTA KINABALU

e-mail
E-Mail Pencetak Kerajaan Salsidu.Ibrahim@sabah.gov.my
Nombor telefon: 088-538767 (Operator Telefon/Pertanyaan)
Nombor faksimili: 088-217034

Keterangan Lanjut

Semua pertanyaan berhubung progam di atas, sebagai contoh - untuk mendapatkan maklumat  selanjutnya, hendaklah menggunakan media perhubungan berikut -telefon, surat, faks.

Pegawai yang dihubungi:-

Ketua Seksyen Latihan, Peperiksaan dan Inovasi.  E-mel Felix.Sipulou@sabah.gov.my Tel: 088-538245 (Talian Terus) Perhubungan.

Ketua Unit Latihan.  E-mail: Jamat.Impin@sabah.gov.my
Tel: 088-538256 (Talian Terus)
Perhubungan.
 

Atas

Maklumat di laman ini adalah untuk kegunaan pelanggan yang ingin berurusan dengan Jabatan ini dan akan dipastikan tepat dari masa ke semasa.

Home | Perkhidmatan