| Bawah
Jabatan Menawarkan
Khidmat Menjilid Buku Kepada Pejabat Kerajaan
Jabatan memberikan perkhidmatan menjilid
buku kepada pejabat kerajaan: Majalah, warta kerajaan,
undang-undang dan bahan cetakan cerai
yang perlu dibukukan boleh dijilidkan di jabatan ini. Jabatan ini
juga memberi perkhidmatan menjilid semula
buku-buku yang rosak.
Jabatan membuat kerja jilidan khas, antaranya
seperti berikut:-
-
Kulit Tebal
(Full Bound, Half Bound,
Quarter Bound)
|
-
Comb Binding
-
Wire 'O' Binding
-
Perfect Binding
-
Loose Leaf Cover
|
Siapa Yang Boleh
Mendapatkan Khidmat Jilidan
Sektor Kerajaan
Perkhidmatan penjilidan jabatan pada asasnya
bermatlamat untuk memenuhi keperluan agensi kerajaan:-
-
Kementerian-Kementerian
-
Jabatan-Jabatan
-
Badan-badan Berkanun
-
Kuasa-kuasa Tempatan
Sektor Bukan Kerajaan
Pihak lain yang perlu perkhidmatan ini
boleh juga memohon kelulusan dari Pencetak
Kerajaan.
Cara-cara memesan
Perkhidmatan Penjilidan bagi agensi kerajaan adalah seperti berikut:-
Pertama - (Sistem
JCK)
Semua agensi kerajaan negeri yang mempunyai
kemudahan internet hendaklah menggunakan Sistem JCK. Pesanan boleh dibuat
secara online. Pesanan dibuat oleh pegawai pemesan dan pesanan akan disahkan
oleh pegawai mengesah. Bagaimanapun bahan yang dijilid hendaklah dihantar
ke pejabat jabatan ini.
Laman Sistem JCK ialah di http://sww.jpkn.sabah.gov.my/jabatancetakkerajaan/
Kedua - (Surat)
Membuat pesanan rasmi menjilid melalui
surat yang dialamatkan kepada:-
Alamat
Pencetak Kerajaan
Jabatan Cetak Kerajaan
Km. 4, Jalan Tuaran
Beg Berkunci 2004
88554 KOTA KINABALU
Nota: Sila
berikan nama penuh, nombor telefon ataupun nombor faksimili, alamat e-mail
pegawai yang menandatangani surat pesanan ini. Maklumat di atas diperlukan
untuk tujuan mempastikan kesahihan pesanan.
Ketiga - (Borang
JCK)
Mengisi borang pesanan menjilid menggunakan
Borang Untuk Kerja-kerja Yang Hendak Dicetak (JCK 'A').
Klik untuk melihat Borang (JCK 'A') -
PDF. Borang ini hendaklah dihantar ke pejabat ini.
Nota: Sila
berikan nama penuh, nombor telefon ataupun nombor faksimili, alamat e-mail
pegawai yang menandatangani surat pesanan ini. Maklumat di atas diperlukan
untuk tujuan mempastikan kesahihan pesanan.
Keempat - (E-mail
dan Faks)
-
Membuat pesanan rasmi menjilid melalui
e-mail kepada Pencetak Kerajaan Salsidu.Ibrahim@sabah.gov.my
Nota: Sila
berikan nama penuh, nombor telefon ataupun nombor faksimili, alamat e-mail
pegawai yang menandatangani surat pesanan ini. Maklumat di atas diperlukan
untuk tujuan mempastikan kesahihan pesanan.
-
Mengirimkan faksimili pesanan menjilid
kepada Pencetak Kerajaan. Nombor Faks: 088-217034 Nota:
Sila berikan nama penuh, nombor telefon ataupun nombor faksimili, alamat
e-mail pegawai yang menandatangani surat pesanan ini. Maklumat di atas
diperlukan untuk tujuan mempastikan kesahihan pesanan.
Cara Pembayaran Kerajaan
Negeri Sabah
NOTA: Bagi semua
agensi kerajaan negeri Sabah kos percetakan adalah pra-bayar.
Cara Pembayaran
Kerajaan Persekutuan
Bayaran boleh dibuat di Seksyen Akaun menggunakan
mod pembayaran kerajaan seperti :-
- Kew. 304 - Pin. 1/92(Cek). Bayar
kepada Pencetak Kerajaan
Cara Pembayaran
Bukan Kerajaan (di kaunter Seksyen Akaun)
Tunai, Wang Pos, Kiriman Wang, Draf Bank
- Bayar kepada Pencetak Kerajaan.
Pembayaran dibuat di
kaunter Seksyen Akaun.
NOTA: Cek
Peribadi tidak dilayan.
Semua pembayaran/urusniaga
dalam bentuk Ringgit Malaysia.
Perkhidmatan Penghantaran
Jabatan Cetak menyediakan perkhidmatan
penghantaran terus bahan-bahan pesanan ke semua pejabat agensi kerajaan
di kawasan-kawasan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Daerah Penampang, Daerah
Papar, Daerah Tuaran dan Daerah Kecil Tamparuli.
Pertanyaan progres
pesanan
-
Agensi kerajaan negeri yang mempunyai kemudahan
internet boleh menyemak progres pesanan percetakan secara online melalui
Sistem JCK di http://sww.jpkn.sabah.gov.my/jabatancetakkerajaan/
-
Menghubungi Unit Penyelarasan dan Perhubungan
Awam. Telefon - 088-538261 (talian terus).
Keterangan Lanjut
Semua pertanyaan berhubung perkhidmatan
ini hendaklah ditujukan ke Unit Penyelaras dan Perhubungan
Awam.
Ketua Penolong Pencetak Bahagian Perancangan
dan Pengeluaran. Talian Terus - 088-538203 . Telefon,
faksimili,
surat
E-mail: Politin.Mobiji@sabah.gov.my
Anggaran kos penjilidan - Ketua Unit Anggaran
dan Kos Percetakan. Telefon - 088-538744 (talian
terus)
Telefon,
faksimili,
surat
Perhubungan
Nombor
telefon:
088-538767 (Operator Telefon/Pertanyaan)
Nombor
faksimili:
088-217034
Jangkamasa Pesanan
Percetakan Boleh Disiapkan.
Bergantung kepada jenis kerja dan
kuantiti pesanan.
Atas
Maklumat laman ini bagi kegunaan Pelanggan
yang ingin berurusan dengan jabatan ini akan dipastikan
tepat dari masa ke semasa. |
|