| .Panduan Pengguna E-Leave |
| .. |
Proses Permohonan Cuti Melalui Sistem e_Cuti/E-Leave Anda juga boleh mencapai Panduan Pengguna yang disediakan di laman web E-Leave. Sila ke laman E-Leave dan klik menu "Panduan Pengguna" yang terletak di sebelah atas-kanan laman tersebut. Klik http://sww.jpkn.sabah.gov.my/eleave/ Panduan Pengguna (JPKN e-Leave). Kata Laluan Berikut Diperlukan -
Cara Mengakses e-Cuti. Berikut adalah di antara cara-caranya:- Cara Pertama
- Klik 'Shortcut E-Cuti' di Desktop (jika ada). Cara Ketiga
Login Ke Laman Jika pengguna menggunakan
alamat laman ini http://sww.jpkn.sabah.gov.my/eleave/
Jika pengguna menggunakan
alamat laman JCK http://www.sabah.gov.my/jck
anda hendaklah mencari menu
Klik menu "E-Leave (E-Cuti)" untuk membawa anda ke laman E-Leave. Laman E-Leave Di laman E-Leave anda akan dipaparkan tetingkap yang mengandungi dua frame. Frame sebelah kiri mengandungi navigasi untuk beberapa operasi. Tajuk utama ialah "Siapa Bercuti" di antara Setiausaha Tetap (SUT), Ketua Jabatan, Pegawai Daerah dan pegawai/anggota dari organisasi kerajaan lain di bawah tajuk "Nama Pejabat/Jabatan" . Frame Utama memaparkan ..."Selamat Datang...." diikuti dengan pemaparan nama-nama organisasi kerajaan yang telah melaksanakan Sistem e-Cuti di Sabah. Di sebelah kiri atas laman ialah ikon capaian Borang Cuti dan di sebelah atas kanan mengandungi menu pilihan ..."Log Out .... ... dan Panduan Pengguna" Permohonan Cuti. Anda akan dipaparkan tetingkap yang bertajuk "Jabatan Cetak Kerajaan - Pegawai Bercuti Pada HARI INI " Untuk Memohon Cuti Klik ikon "Borang Cuti " yang terletak di atas sebelah kiri laman utama E-Leave http://sww.jpkn.sabah.gov.my/eleave/mainpage.htm - (setelah pengguna memasuki pangkalan data e-Cuti Jabatan Cetak Kerajaan iaitu apabila nama Jabatan Cetak Kerajaan dalam senarai diklik.) Langkah 4 Anda akan dipaparkan tetingkap "Permohonan Cuti Tahunan ... Sila Masukkan Kata Laluan" ... Isikan kotak kosong. Ikut format yang diminta .... contoh, isikan format 01/06/01 [hari/bulan/tahun], jika pemohon memasukkan tarikh 1 Jun 2001. Jika anda lupa kata laluan, anda boleh mendapatnya dengan mengklik "Sila Beritahu"... Kata laluan anda boleh diperolehi melalui e-Mel setelah anda mengisikan kotak kosong dan mengklik butang "Beritahu Saya" di tetingkap "Dapatkan Kata Laluan". Anda boleh terus klik nama anda di senarai nama di frame sebelah kiri untuk terus mengetahui data cuti anda. Klik ikon "Borang Cuti" (lihat langkah 3). Langkah 5 Setelah anda berjaya login untuk permohonan Borang Cuti tetingkap borang/kotak kosong dipaparkan. Isikan ruang-ruang berkenaan. Klik butang arahan seterusnya. Ikuti arahan-arahan mudah yang dipaparkan di tetingkap. Jawapan/Kelulusan Permohonan Cuti Jawapan permohonan cuti boleh diketahui dengan melayar ke laman e-Cuti dan melihat pangkalan data Jabatan Cetak Kerajaan. Sila klik nama anda (pemohon). Data cuti seseorang anggota boleh dilihat dengan mengklik nama dalam senarai. Status permohonan ialah Permohonan Diluluskan/Diluluskan, Permohonan Tidak Diluluskan dan Dalam Proses Memohon. Selamat bercuti dan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan sistem e-Cuti/E-Leave.
|