Berita Ringkas

Bengkel SPSS telah diadakan pada 14 November 2011 di Bilik Mesyuarat JBNS yang telah dihadiri oleh 18 orang anggota Jabatan yang menjadi ahli KIK.

Mesyuarat KIK dengan Pihak Pengurusan JBNS telah diadakan pada 31 Oktober, 2011 di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat Bawah, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu.

Mesyuarat BD dengan Pihak Pengurusan JBNS akan diadakan pada 4 Oktober, 2011 di Vinusak Hall, Tingkat 3, Grand Borneo Hotel, 1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu.

Bengkel Penyemakan Baucar diadakan pada 3 Oktober, 2011 untuk Bendahari Daerah sempena Mesyuarat BD dengan Pihak Pengurusan JBNS di Grand Borneo Hotel, 1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu.

Kursus Perakaunan Asas telah diadakan pada 20 hingga 24 September, 2011 di , Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Kudat.

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Jabatan Bendahari Negeri Sabah akan diadakan pada 13 September, 2011 di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat Bawah, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu.








Pautan Penting


PELAN STRATEGIK JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH 2009-2013

Pelan Tindakan Pengukuhan Sumber Manusia JBNS
I Pelan Tindakan Peningkatan Sistem Penyampaian JBNS I Pelan Tindakan Peningkatan Pengurusan Perakaunan JBNS

ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN



PERSIJILAN MS-ISO 9001:2008

Proses persijilan MS-ISO 9001: 2008 Jabatan Bendahari Negeri Sabah. Pada bulan April 2011 dan Mei 2011, Jabatan Bendahari Negeri Sabah telah menjalankan Audit Pematuhan MS ISO 9001:2008, peringkat I dan II yang telah dilaksanakan oleh Moody International Certification Malaysia Sdn Bhd. [Maklumat selanjutnya...]
[ Lihat Sijil - Versi B. Malaysia ] [ Lihat Sijil - Versi English ]


SISTEM BUKU VOT DAN BAUCER BERSEPADU 2011 (SISVOT11)

Sistem Buku Vot Dan Baucer Bersepadu 2011 (SISVOT11) kini siap sedia untuk dipasang di semua Kementerian dan Jabatan. Sisvot11 versi terbaru ini akan digunakan bermula 1 Januari, 2011. Pihak KSIT, JPKN dan JBNS akan membuat pemasangan sistem yang baru ini bermula 20 Disember, 2010. Oleh itu, para pengguna SISVOT hendaklah memastikan sistem SISVOT dikemaskini dengan sewajarnya, selewat-lewatnya pada 31 Disember, 2010. Sekiranya ada masalah, sila kemukakan aduan anda di ruangan Aduan Masalah Sisvot. Permohonan untuk Kursus SISVOT boleh dibuat disini.



KOD OBJEK MBS YANG TERKINI

Muat turun senarai kod objek MBS yang terkini di sini. (Fail dalam bentuk pdf). Senarai tersebut juga boleh didapati di ruangan 'Maklumat Perakaunan - Kod-Kod Akaun MBS' di sebelah atas laman web ini.



SISTEM E-PINJAMAN KENDERAAN KERAJAAN

Sistem e-Pinjaman Kenderaan Kerajaan ialah sistem permohonan on-line untuk memohon kemudahan pinjaman pembiayaan membeli kenderaan di bawah Skim Pinjaman Kenderaan Kerajaan Negeri Sabah. Sistem ini mula dikuatkuasakan pelaksanaannya pada 1 November, 2010 melalui pekeliling PBNS bil. 13/2010 (Ruj: JBNS(A)100-43/4634/01) bertarikh 16 Oktober, 2010.



KURSUS PERAKAUNAN ASAS KERAJAAN (KPA)

Kursus Perakaunan Asas Kerajaan merupakan satu kursus yang memberi pengetahuan asas mengenai sistem perakaunan kerajaan negeri. Kursus ini diberi kepada kakitangan kerajaan negeri gred 17 hingga 27 yang melaksanakan kerja perakaunan dan lain-lain kerja yang berkaitan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Abdul Khalik Sapari di talian 088-272765. Permohonan untuk mengikuti kursus tersebut juga boleh dibuat dengan mengisi borang secara on-line.

Sabah.Net | Sabah.Gov | MYGov | MIA | JPAN | ACCA | CPA (Australia) | SPAN | LHDN | EPSA | Akauntan Negara Malaysia | Berita Harian online | Daily Express Online

Mengenai Kami | Hubungi kami | Maklumbalas| Hakcipta Terpelihara ©2008 Jabatan Bendahari Negeri Sabah |

Notis Penafian (Disclaimer Notice): Jabatan Bendahari Negeri Sabah tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan atau kehilangan hartabenda/nyawa disebabkan penggunaan sebarang maklumat dari laman web ini.