Pautan Penting



PROFIL JABATAN



VISI JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH

"KE ARAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN PERAKAUNAN"


MISI JABATAN

Kewangan Kerajaan adalah wang awam dan hendaklah ditadbir dengan penuh amanah dan tanggungjawab dan digunakan mengikut peraturan-peraturan kewangan semasa. Justeru itu, semua wang awam yang diperolehi dan dibelanjakan mestilah diakaunkan secara jelas dan lengkap.Sejajar dengan ini, Jabatan Bendahari Negeri Sabah yang bertanggungjawab mengendalikan Sistem Perakaunan Kerajaan Negeri Sabah mempunyai misi berikut:


FUNGSI JABATAN

Fungsi-fungsi asas Jabatan Bendahari Negeri Sabah adalah seperti berikut:

  1. Mengendalikan dan menyelenggarakan Akaun Kerajaan Negeri Sabah;

  2. Memproses dan membuat pembayaran-pembayaran Kerajaan Negeri Sabah;

  3. Menerima dan menyimpan hasil negeri dan terimaan serta mengawal dan mengurus dana Akaun Kerajaan Negeri Sabah;

  4. Memberi khidmat nasihat dan panduan kepada Jabatan Kerajaan mengenai tatacara kewangan dan pengendalian perakaunan Kerajaan Negeri Sabah dan

  5. Mengendalikan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu seperti pinjaman kenderaan, insuran perjalanan udara dan tuntutan kemalangan berkumpulan.

PIAGAM PELANGGAN

Kami bersedia memberi perkhidmatan:

  • Menyemak dan meluluskan baucar bayaran am serta mengeluarkan cek dalam tempoh 8 hari bekerja dari tarikh penerimaan baucar;
  • Menyemak dan meluluskan baucar bayaran gaji berasingan serta mengeluarkan cek dalam tempoh 9 hari bekerja dari tarikh penerimaan baucar;
  • Mengeluarkan surat teguran bagi baucar bayaran am yang tidak mematuhi syarat dan peraturan dalam tempoh 5 hari dari tarikh penerimaan baucar;
  • Membayar gaji dan faedah persaraan mengikut jadual;
  • Mengeluarkan resit berkomputer dalam tempoh 3 hari bekerja dan resit rasmi dengan serta merta;
  • Menyediakan flimsi lejar bulanan dalam tempoh 4 hari bekerja dari tarikh penutupan Akaun Tunai Kerajaan Negeri untuk dikutip;
  • Menyiapkan Penyata Kewangan Tahunan Negeri yang tepat dan lengkap sebelum 31 Mei setiap tahun untuk dikemukakan kepada Audit Negara;
  • Memberi jawapan dalam tempoh 7 hari bekerja terhadap semua surat-menyurat yang diterima dan
  • Memberi perkhidmatan secara Profesionalisma, Mesra dan Progresif.


Sabah.Net | Sabah.Gov | MYGov | MIA | JPAN | ACCA | CPA (Australia) | SPAN | LHDN | EPSA | Akauntan Negara Malaysia | Berita Harian online | Daily Express Online

Mengenai Kami | Hubungi kami | Hakcipta Terpelihara ©2008 Jabatan Bendahari Negeri Sabah |


Notis Penafian (Disclaimer Notice):
Jabatan Bendahari Negeri Sabah tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan atau kehilangan hartabenda/nyawa disebabkan penggunaan sebarang maklumat dari laman web ini.