PENGENALAN
Sistem Kod Perakaunan Baru adalah berdasarkan kepada Sistem Belanjawan Diubahsuai (SBD). SBD adalah berasal daripada Sistem Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP) yang telah diubahsuai dan ditambah dengan beberapa konsep baru. Ia memberi tumpuan kepada objektif sesebuah jabatan/kementerian dan mengaitkan sumbangan semua Program dan Aktiviti kepada pencapaian objektif tersebut. Penggunaan Sistem Kod Perakaunan Baru adalah berkuatkuasa pada 1 Januari 2008. [Lihat Panduan Lengkap]
Surat pekeliling mengenai Pengstrukturan Semula kod Perakaunan Kerajaan Negeri PBNS Bil. 12/2007 . Rujukan surat bil. JBNS No. (A) 400-0/4409/73 bertarikh 4 Oktober, 2007.
Struktur Kod Akaun MBS yang diterimapakai adalah 3-3-6-6-8-5 (3-digit,3-digit,6-digit,6-digit,8-digit,5-digit).
VOT |
JABATAN |
PTJ/PK |
PROGRAM/AKTIVITI/AMANAH |
PROJEK/SETIA |
OBJEK |
X00 |
000 |
000000 |
000000 |
00000000 |
00000 |
3 Digit |
3 Digit |
6 Digit |
6 Digit |
8 Digit |
5 Digit |
VOT - Kepala Peruntukan (contohnya, S38)
JABATAN - Kod Jabatan (contoh, 150 - Jabatan Bendahari Negeri Sabah)
PTJ/PK - Pusat Tanggungjawab/Pusat Kos
PROGRAM / AKTIVITI / AMANAH - Kod Program & Aktiviti / Kod Akaun Amanah
PROJEK / SETIA - Kod Siri Projek / Butiran kecil
OBJEK - Objek Am / Objek Sebagai / Objek Lanjut / Objek Lanjut Kumpulan (Sub-Lanjut)
PUSAT TANGGUNGJAWAB / PUSAT KOS
Pusat Kos (PK) adalah merujuk kepada jabatan/ kementerian yang tidak diberi kuasa untuk mengurus dan mengawal sumber kewangan. Pusat Kos juga merujuk kepada jabatan/ kementerian yang hanya melakukan perbelanjaan dan menyediakan baucar bayaran.
Contoh Kod PTJ/PK
170101 - Kementerian Pembangunan Infrastruktur
170401 - Jabatan Keretapi Negeri Sabah (Kota Kinabalu)
160101 - Kementerian Kewangan
160201 - Jabatan Bendahari Negeri Sabah
KOD PROGRAM / AKITIVITI / AMANAH
PROGRAM |
AKTIVITI |
AKTIVITI KECIL(SUB-AKTIVITI) |
00 |
00 |
00 |
Program merupakan bidang tugas-tugas jabatan/kementerian dan ia terdiri daripada beberapa aktiviti yang dijalankan oleh jabatan/kementerian untuk mencapai objektif yang ditetapkan.
Contoh Program:-
010000 - Pentadbiran Am Dan Pengurusan Sumber
020000 – Pengurusan Pelbagai Keretapi
030000 – Perbekalan Perkakas Dan barang- Barang Stor Untuk Penyenggaraan.
Aktiviti adalah merujuk kepada sekumpulan operasi kerja, tugas atau tanggungjawab yang merupakan sebahagian sesuatu program.
Contoh Aktiviti :-
Program: 010000 - Pentadbiran Am Dan Pengurusan Sumber
Aktiviti:-
010100-Pentadbiran Emolumen Kakitangan
010200 - Pentadbiran Sumber Manusia
010300 - Pembangunan Sumber Manusia
010400 - Pentadbiran Am Pejabat
010500 – Pakaian Seragam
KOD AMANAH
STRUKTUR KOD AMANAH: 6 DIGIT - 000000
Struktur Kod Amanah hanya digunakan dalam Akaun Amanah. Ia merangkumi semua 6 digit kod dan tidak ada pecahan kod kecil seperti kod program, aktiviti dan aktiviti kecil.
Contoh :-
510000 - Conveyance Advance Trust Fund (K51)
520000 - Conveyance Advance - Members of The Administration and Political (K52)
521000 - Personal Advance Trust Fund (K52)
711000 - Potongan Koperasi Pekerja-Pekerja (K71)
712000 - Potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (K71)
KOD PROJEK / SETIA
STRUKTUR KOD PROJEK / SETIA: 8 DIGIT - 00000000
Struktur kod projek/setia hanya digunakan dalam projek pembangunan.
Contoh :-
00000001 – Pembaikan Jalan Keretapi
00000002 – Perumahan Kakitangan
00000003 – Bangunan Woksyop
KOD OBJEK
Kod Objek merujuk kepada kelas atau jenis perbelanjaan atau terimaan dalam Akaun Hasil Disatukan yang mengandungi tafsiran seperti berikut:-
Objek Am, Objek Sebagai, Objek Lanjut, Objek Lanjut Kumpulan (Sub-Lanjut)
Objek Am ialah suatu jenis kod perbelanjaan atau hasil yang mengandungi nombor kod lima angka yang berakhir dengan empat angka kosong.
Contoh Objek Am Perbelanjaan
10000 - Emolumen
20000 - Perkhidmatan dan Bekalan
30000 - Aset
40000 - Pemberian Dan Kenaan Bayaran Tetap
50000 - Perbelanjaan-Perbelanjaan Lain
Contoh Objek Am Hasil
60000 - Hasil Cukai
70000 - Hasil Bukan Cukai
80000 - Terimaan Bukan Hasil
Objek Sebagai ialah suatu jenis kod perbelanjaan atau hasil yang mengandungi nombor kod lima angka yang berakhir dengan tiga angka kosong.
Contoh Objek Sebagai Perbelanjaan bagi Objek Am : 10000 - Emolumen.
Objek Sebagainya ialah:-
11000 – Gaji dan Upahan
12000 – Elaun Tetap
13000 – Sumbangan Berkanun Untuk Kakitangan Awam
14000 – Elaun Lebih Masa
15000 – Faedah -Faedah Kewangan Yang Lain
Objek Lanjut ialah suatu jenis kod perbelanjaan atau hasil yang mengandungi nombor kod lima angka yang berakhir dengan dua angka kosong.
Contoh Objek Lanjut Perbelanjaan bagi Objek Am 10000 - Emolumen, Objek Sebagai : 11000 – Gaji dan Upahan.
11100 - Gaji Kakitangan Awam
11200 - Gaji Biasa Kakitangan Awam Jawatan Tak Berpencen
11300 - Gaji Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri
11600 - Tunggakan Gaji Kakitangan Awam
11700 - Tunggakan Gaji Biasa Kakitangan Awam Jawatan Tak Berpencen
Objek Lanjut Kumpulan ialah suatu jenis kod perbelanjaan atau hasil yang mengandungi nombor kod lima angka di mana, dua angka terakhir bermula dengan 01 hingga 99.
Contoh Objek Lanjut Kumpulan Perbelanjaan bagi Objek Am 10000 - Emolumen, Objek Sebagai : 11000 – Gaji dan Upahan dan Objek Lanjut 11100 – Gaji Kakitangan Awam.
11101 – Gaji Biasa Kakitangan Awam
11102 – Gaji Kakitangan Awam Ambilan Tempatan Luar Negeri
11103 – Pendahuluan Pelarasan Gaji Kakitangan Awam
Contoh Struktur Kod Objek Yang Lengkap Bagi Perbelanjaan:-
10000 - Emolumen (Objek Am)
11000 - Gaji dan Upahan (Objek Sebagai)
11100 - Gaji Kakitangan Awam (Objek Lanjut)
11101 - Gaji Biasa Kakitangan Awam (Objek Lanjut Kumpulan / Sub - Lanjut)
Objek Am : 60000 – Hasil Cukai
61000 - Cukai Langsung
62000 - Cukai Tidak Langsung
Objek Am : 70000 – Hasil Bukan Cukai
71000 - Lesen , Bayaran Pendaftaran Dan Permit
Objek Am : 80000 – Terimaan Bukan Hasil
81000 - Pulangan Balik Perbelanjaan
Contoh Objek Lanjut Kumpulan untuk Hasil
Objek Lanjut: 61100 – Cukai Pendapatan
61101 - Sewa Tanah
Objek Lanjut: 62100 – Cukai Jualan
62101 - Cukai Jualan Atas Minyak Kelapa Sawit
Objek Lanjut: 71100 – Lesen-Lesen
71101 - Lesen-Lesen Seksyen 18 Bab.68
Objek Lanjut : 81100 – Pulangan Balik Perbelanjaan Am
81101 – Bayaran Balik Bayaran Air dan Elektrik Untuk Rumah-Rumah Upas
_______________________________________________________________________________
Lihat juga:-
Buku Panduan Penggunaan Struktur Kod Akaun Dalam Sistem Perakaunan
Panduan Penggunaan Penjenisan Kod Objek Hasil dan Perbelanjaan
Maklumat Lain-Lain Rujukan















