Pautan Penting

 

MAKLUMAT ARKIB JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH

Pertandingan mencipta lagu sempena sambutan Hari Inovasi Jabatan Bendahari Negeri Sabah 2012. Penyertaan terbuka kepada Warga JBNS sahaja. Tarikh Tutup 10 Ogos, 2012. Maklumat lanjut..

Bengkel penyediaan penyata penyesuaian akaun telah diadakan pada 12 dan 13 Jun, 2012 di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat Bawah, Kementerian Kewangan yang dihadiri seramai 30 orang peserta dari pelbagai kementerian dan jabatan.

Slip Gaji Online
kini boleh didapati bermula bulan Januari 2012, dan akan menggantikan slip gaji manual yang tidak akan dicetak lagi seperti dalam surat pekeliling mengenai penguatkuasaan slip gaji online.

Kursus Perakaunan Asas Siri 1/2012 telah diadakan pada 24 hingga 26 April, 2012 di Ibupejabat Perpustakaan Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit latihan JBNS di talian 088-272765 atau 272763.

Kursus Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) untuk gred W27 telah diadakan pada 14 - 16 Mac, 2012 di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat Bawah, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu.

Bengkel Penyediaan Baucar Bayaran dan Garis Panduan Penyemakan Baucar Siri 2/2012 telah diadakan di Perpustakaan Cawangan Kota Marudu pada 6-8 Mac, 2012.

Mesyuarat MBJ telah diadakan pada 28 Februari, 2012 di bilik Mesyuarat JBNS, Tingkat 1, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu.

Mesyuarat IT JBNS telah diadakan pada 27 Februari, 2012 di bilik Mesyuarat JBNS, Tingkat 1, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu.

Bengkel Penyediaan Baucar Bayaran dan Garis Panduan Penyemakan Baucar Siri 1/2012 telah diadakan di Perpustakaan Cawangan Semporna pada 27-29 Februari, 2012.

Kursus Kod Etika dan Disiplin Diri telah diadakan pada 15 & 16 Februari 2012 di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat Bawah, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu yang dihadiri seramai 29 orang anggota JBNS.

Kursus Kecemerlangan Diri telah diadakan pada 30 dan 31 Januari, 2012 di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat Bawah, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu.

Taklimat Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) kepada anggota JBNS akan diadakan pada 21 Disember, 2011 jam 2.00 petang di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat Bawah, Kementerian Kewangan, Kota Kinabalu.

Bengkel SPSS telah diadakan pada 14 November 2011 di Bilik Mesyuarat JBNS yang telah dihadiri oleh 18 orang anggota Jabatan yang menjadi ahli KIK.

Mesyuarat KIK dengan Pihak Pengurusan JBNS telah diadakan pada 31 Oktober, 2011 di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat Bawah, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu.

Mesyuarat BD dengan Pihak Pengurusan JBNS akan diadakan pada 4 Oktober, 2011 di Vinusak Hall, Tingkat 3, Grand Borneo Hotel, 1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu.

Bengkel Penyemakan Baucar diadakan pada 3 Oktober, 2011 untuk Bendahari Daerah sempena Mesyuarat BD dengan Pihak Pengurusan JBNS di Grand Borneo Hotel, 1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu.

Kursus Perakaunan Asas telah diadakan pada 20 hingga 24 September, 2011 di , Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Kudat.

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Jabatan Bendahari Negeri Sabah akan diadakan pada 13 September, 2011 di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat Bawah, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu.

Majlis Berbuka Puasa dan Sembahyang Terawih 1432H gabungan Kementerian Kewangan, Jabatan Bendahari Negeri Sabah dan Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah telah diadakan pada 19 Ogos, 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat Bawah, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu.

Kursus Perakaunan Asas telah diadakan pada 25 hingga 27 Julai, 2011 di Dewan Serbaguna, Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Tawau.

Kursus Pengenalan SISVOT akan diadakan pada 15 & 18 Julai, 2011 di Makmal Komputer JPKN, Tingkat 2, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu.

Bengkel Penyesuaian Akaun sedang diadakan pada 13 dan 14 Julai, 2011, di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat Bawah, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu.

Bengkel Penyemakan dan Penyediaan Baucar telah diadakan pada 8 hingga 10 Jun, 2011 di Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Sandakan.

Bengkel Penyemakan dan Penyediaan Baucar telah diadakan pada 25 hingga 27 Mei, 2011 di Tawau.

Kursus Inovasi dan Kreativiti telah diadakan pada 18 dan 19 Mei, 2011di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Kewangan, Tingakat Bawah, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu.

Jabatan Bendahari Negeri Sabah telah mendapat Persijilan MS-ISO 9001:2008 selepas pengauditan MS-ISO dibuat oleh Moody International pada 11 Mei, 2011. Tahniah atas pencapaian tersebut kepada semua warga JBNS.

Kursus SISWANG telah diadakan pada 9 hingga 11 Mei, 2011 di Bilik Makmal Komputer JPKN, Tingkat 2, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu.

Kursus Pemantapan Sisvot Siri 1/2011 telah diadakan pada 24 dan 25 Mac, 2011 di Makmal Komputer INSAN, Tingkat 1, Wisma MUIS, Kota Kinabalu. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Latihan, JBNS di talian 088-272765, 272763.

Kursus Perakaunan Asas (KPA) Siri 1/2011 telah diadakan pada 7 hingga 10 Mac, 2011 di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat Bawah, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu. Untuk maklumat lanjut, Hubungi Unit Latihan, JBNS di talian 088-272765 atau 272763.

Kursus Sisvot (Pengenalan) telah diadakan pada 23 dan 24 Februari, 2011 di Bilik Makmal Komputer, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN), Tingkat 2, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Khalik di talian 088-272765.

Kursus Penilaian untuk kenaikan pangkat Pembantu Am Rendah (N1) telah diadakan pada 21 dan 22 Februari 2011 di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat Bawah, Wisma Kewangian, Kota Kinabalu.

Kursus SISWANG telah diadakan pada 24 hingga 26 Januari, 2011 di Bilik Makmal Komputer JPKN, Tingkat 2, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Khalik Sapari 088-272765.


MY E-TICKETING.COM

Pengguna PC Leasing JBNS boleh membuat aduan kerosakan PC masing-masing melalui laman web tersebut di atas (My e-Ticketing.com) mengikut panduan yang terdapat pada pelekat (sticker) yang ada pada PC masing-masing. Pautan tersebut juga boleh didapati dalam menu 'Borang OnLine - Aduan Kerosakan PC Leasing' di atas.

Kursus Asas Perakaunan Kerajaan telah diadakan pada 13 hingga 15 Disember, 2010 di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat Bawah, Kementerian Kewangan.

Seminar Inovasi dan Kreativiti - "You @ Value" - Jabatan Bendahari Negeri Sabah telah diadakan pada 6 disember, 2010 di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat Bawah, Kementerian Kewangan, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu yang dijangka akan dihadiri seramai 30 orang anggota JBNS.

Kursus Sisvot siri 5/2010 telah dilaksanakan pada 01 & 02 Disember, 2010 di Makmal Komputer INSAN, Tingkat 1, Wisma MUIS, Kota Kinabalu yang dihadiri seramai 30 orang peserta dari pelbagai Jabatan/Kementerian dari sekitar Daerah Kota Kinabalu.

Kursus Sisvot siri 4/2010 telah dilaksanakan pada 25 & 26 November, 2010 di Makmal Komputer INSAN, Tingkat 1, Wisma MUIS, Kota Kinabalu yang dihadiri seramai 29 orang peserta dari pelbagai Jabatan/Kementerian dari sekitar Daerah Kota Kinabalu.

Mesyuarat Bendahari Daerah Bersama Pihak Pengurusan JBNS Ke-13 telah diadakan pada 2 November jam 8.00 pagi hingga jam 12.30 petang di Bilik Kudat, Hotel Le-Meridien, Kota Kinabalu.

Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JBNS telah diadakan pada 19 dan 20 Oktober, 2010 di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Kewangan, Tingkat Bawah, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu. Seramai 19 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli KIK JBNS telah menyertai bengkel tersebut.

Mesyuarat IT dan Pembangunan Sistem JBNS telah diadakan pada 12/10/2010 jam 8.30 pagi di Bilik Mesyuarat, Tingkat 1, JBNS, Kota Kinabalu.

Kursus Perakaunan Asas Kerajaan Siri 4/2010 telah diadakan pada 11 hingga 14 Oktober, 2010 di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat Bawah, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu. Kursus kali ini dihadiri oleh seramai 45 orang peserta.

Latihan Sisvot Versi Jun 2010 telah diadakan di JPKN, Sandakan pada 23 dan 24 September, 2010 anjuran bersama JBNS dan JPKN Sandakan. Seramai 30 orang peserta dari pelbagai Jabatan telah mengikuti latihan tersebut yang merangkumi daerah Sandakan, Beluran, dan Kinabatangan.

No. Sebutharga
: JBNS/2010/01. Tarikh Tutup : 9 Ogos, 2010 Jam 10.00 pagi.
Perolehan kelengkapan dan peralatan pejabat dan mesin pejabat untuk Ibupejabat Jabatan Bendahari Negeri Sabah, Pejabat Bendahari Daerah Beluran, Beaufort, Tenom, Pitas, Lahad Datu, Tambunan, Kudat, Nabawan, Sipitang, Sandakan, Ranau, Kota Belud, Kota Marudu ,Tuaran, Papar, Semporna, Kuala Penyu, Kunak, Kinabatangan dan Keningau. [Maklumat lanjut dan borang]

No. Sebutharga :
JBNS/2010/02. Tarikh Tutup : 9 Ogos, 2010 jam 10.00 pagi.
Pengubahsuaian bilik Penolong Bendahari Negeri Bahagian Pembangunan Sumber dan Inovasi, Bilik Seksyen Pembangunan Sistem Maklumat Dan Perakaunan dan Bilik Penolong Kanan Akauntan, Seksyen Akaun Amanah. [Maklumat lanjut dan borang]

No. Sebutharga : JBNS/2010/03. Tarikh Tutup : 9 Ogos, 2010 jam 10.00 pagi.
Membekal, memasang dan menguji Heavy Duty Electric Perforating Machine. [Maklumat lanjut dan borang]

Pihak Pengurusan JBNS telah mengadakan perjumpaan dengan semua anggota Pejabat Bendahari Daerah Tenom, Keningau, Nabawan dan Tambunan di Hotel Perkasa, Tenom pada 31 Julai, 2010.

Kursus Perakaunan Asas Kerajaan Siri 3/2010 telah diadakan pada 26 hingga 29 Julai, 2010 di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat Bawah, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu.

Latihan Sisvot Versi Jun 2010 telah diadakan di INSAN, Keningau pada 26 dan 27 Mei, 2010 anjuran bersama JBNS dan JPKN Keningau. Seramai 34 orang peserta dari pelbagai Jabatan telah mengikuti latihan tersebut yang merangkumi daerah Keningau, Nabawan, Pagalungan, Tenom, Kemabong dan Tambunan.

Mesyuarat Akauntan Gunasama telah diadakan pada 11 Mei, 2010 di Ballroom 1, Level 1, The Magellan Sutera, Kota Kinabalu.

Mesyuarat Bendahari Daerah Bersama Pihak Pengurusan JBNS telah diadakan pada 26-27 April, 2010 di Pacific Sutera, Kota Kinabalu.

Kursus Perakaunan Asas Siri 2/2010 telah diadakan pada 27-30 April, 2010, di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Kewangan, Tingkat Bawah, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu.

Majlis Tilawah Al-Quran Anggota Perkhidmatan Awam Peringkat Kementerian Kewangan Negeri Sabah 1431H/2010M telah diadakan pada 27 Mac, 2010 bermula jam 7.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat Bawah, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu.

Kursus Perakaunan Asas Siri 1/2010 sedang berlangsung mulai 22-25 Februari, 2010, di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Kewangan, Tingkat Bawah, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu.

Latihan SISVOT 2010 (SISVOT10) mengenai perubahan terkini tahun 2010 telah diadakan di JPKN, Tawau pada 3-4 Februari, 2010. Latihan tersebut telah dihadiri seramai 36 orang kakitangan dari daerah Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Kunak.

Bengkel khas untuk Juruaudit Dalaman MS-ISO 9001:2008 JBNS telah diadakan pada 8 & 9 Disember di Beringgis Beach Resort, Papar yang akan dijangka dihadiri oleh 31 orang anggota JBNS. Bengkel tersebut dianjurkan oleh Bahagian Sumber dan Sistem, JBNS.

Latihan SISWANG telah diadakan pada 2-4 Disember, 2009 di Makmal Komputer, Ibupejabat Perpustakaan Negeri Sabah, Kota Kinabalu untuk lima orang kakitangan baru JBNS yang akan ditempatkan di beberapa Pejabat Bendahari Daerah dan beberapa orang kakitangan yang baru ditukar ke Pejabat Bendahari Daerah.

Adalah dimaklumkan bahawa talian telefon di Seksyen Penerimaan dan Pembayaran, Jabatan Bendahari Negeri Sabah, Kota Kinabalu mengalami masalah gangguan perkhidmatan disebabkan kerja-kerja merobohkan bangunan lama Jabatan Tanah dan Ukur. Pihak TM sedang menjalankan kerja pemulihan talian-talian yang terlibat dengan gangguan tersebut. Segala kesulitan yang timbul adalah dikesali. Harap maklum.

Mesyuarat Bendahari Daerah dengan Pihak Pengurusan diadakan pada 10 November, 2009 di 1Borneo, Kota Kinabalu.

Kursus SISVOT telah diadakan pada 05-06 November, 2009 di Makmal Komputer JPKN, Tingkat 2, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu bagi melatih 24 orang anggota baru JBNS gred W27 dan W17.

Kursus Perakaunan Asas Kerajaan telah diadakan pada 02-04 November, 2009 di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat Bawah, Kementerian Kewangan, Kota Kinabalu. Kursus kali ini khas untuk 24 orang anggota baru JBNS gred W27(11) dan W17 (13).

Mesyuarat Akauntan Gunasama yang telah dijadualkan pada 7 Oktober, 2009 ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Feeley Bachee (088 272383) atau Puan Noraisah Mat Salleh (088 272638).

Kursus Perakaunan Asas Kerajaan telah diadakan pada 20-22 Oktober, 2009 di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat Bawah, Kementerian Kewangan, Kota Kinabalu.


Bahagian Pengurusan Pentadbiran Dan Perjawatan sedang mengadakan aktiviti Penyemakan Buku Rekod Perkhidmatan sepanjang bulan Ogos ini. Jika anda ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Cik SHARIFFAH AZNOOR BINTI JAP di talian 088-272847 atau Encik Azlan Ahmad di talian 088-272 693..

KURSUS SISVOT 2008 (VERSI MBS)

Kursus SISVOT versi 2008 (modul penuh) merupakan kursus selama dua hari, antara lain objektif kursus adalah untuk memberi pengetahuan mengenai menu dan proses kerja yang terkini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Mohd Rizan Abran di talian 088-272765. Permohonan untuk mengikuti kursus tersebut juga boleh dibuat dengan mengisi borang secara on-line.



Kursus SISVOT telah diadakan pada 30 - 31 Julai, 2009 di Makmal Komputer INSAN, Tingkat 1, Wisma MUIS, Kota Kinabalu.

Kursus Perakaunan Asas telah diadakan pada 20 - 22 Julai, 2009 di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat Bawah, Kementerian Kewangan, Kota Kinabalu.

Peraturan Baru Mengenai Pelaksanaan Pembayaran Bayaran Am melalui e-Banking dilaksanakan pada 1 Julai 2009. Lihat pekeliling...

Bengkel Penyediaan Dokumentasi MS-ISO 9001:2008 Jabatan Bendahari Negeri Sabah telah diadakan pada 17-18 Jun, 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Kewangan, Tingkat Bawah, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu.

Mesyuarat Tahunan Bendahari Daerah telah diadakan pada 25 & 26 Mei, 2009 di Hotel Mercure, 1 Borneo, Kota Kinabalu.

LAPORAN HADIR SEMINAR

Kakitangan JBNS yang telah menghadiri seminar/kursus adalah dikehendaki untuk membuat laporan kepada Pegawai Latihan dengan menggunakan Borang Laporan Hadir Seminar. Borang tersebut juga boleh didapati di ruangan 'Muat Turun Borang' di sebelah atas laman web ini. Anda juga boleh mengisi borang secara online.

Kursus SISVOT08 (Versi MBS) telah diadakan pada 21 & 22 Mei, 2009 di Makmal Komputer INSAN, Tingkat 1, Blok A, Wisma MUIS, Kota Kinabalu.

Mesyuarat Agung MBJ Pihak Pekerja telah diadakan pada 20 April, 2009, jam 8.30 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Kewangan, Tingkat Bawah, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu.

JBNS mendapat tempat dalam senarai 20 Laman Web Terbaik Kerajaan Negeri Sabah. Maklumat lanjut...

JADUAL KADAR PERTUKARAN MATAWANG ASING BAGI KERAJAAN MALAYSA

Jadual kadar pertukaran matawang asing bagi Kerajaan Malaysia adalah seperti yang dikeluarkan oleh laman web Akauntan Negara Malaysia dan diterimapakai oleh Kerajaan Negeri Sabah seperti dalam surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Bendahari Negeri Sabah pada setiap bulan. Lihat jadual..

Bengkel 2 hari mengenai pendedahan kepada piawaian baru MS ISO 9001:2008 bagi Jabatan Bendahari Negeri Sabah telah diadakan pada 17& 18 Mac, 2008 di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat Bawah, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu.

Kursus SISVOT yang dijadualkan pada 18-19 Mac, 2009 telah dibatalkan. Harap maklum.

PERMOHONAN GANTIAN CUTI REHAT (GCR) (Untuk kakitangan JBNS sahaja)

Pihak Pengurusan JBNS telah memutuskan agar setiap anggota JBNS yang ingin memohon Gantian Cuti Rehat (GCR) perlu mengisi Borang Permohonan GCR dan seterusnya mengemukakan kepada ketua masing-masing. Lihat Pekeliling.

E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) adalah portal pembelajaran bagi sektor awam Malaysia. EPSA merupakan pakej e-pembelajaran yang pertama dibangunkan untuk anggota sektor awam dan merupakan model pendekatan latihan yang baru iaitu memberi tumpuan kepada pembelajaran secara teragih (decentralized). Maklumat lanjut...

Kursus SISVOT08 Siri 1/2009 telah diadakan pada 29 dan 30 Januari, 2009 di Bilik Komputer JPKN, Tingkat 2, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu.

JBNS telah menjuarai pertandingan Pool sempena Karnival Sukan Kementerian Kewangan pada 15/11/2008. Maklumat lanjut...

Mesyuarat Bendahari Daerah Bersama Pengurusan JBNS telah diadakan pada 10 dan 11 November, 2008 di Ibupejabat JBNS, Kota Kinabalu.

Kursus SISVOT08 untuk kakitangan gred W yang baru dilantik telah diadakan pada 20 dan 21 Oktober, 2008. Maklumat Lanjut...

Kursus Perakaunan Asas Siri 3/2008 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Kewangan bermula 13 hingga 16 Oktober, 2008 yang disertai oleh 13 orang kakitangan gred W yang baru. Maklumat lanjut...

KARNIVAL SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN 2008

Karnival Sukan Kementerian Kewangan telah bermula dengan acara pertama yang telah dipertandingkan ialah badminton pada 9 dan 10 Ogos, 2008 bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu. Acara tersebut dianjurkan bersama oleh Warisan Harta Sdn. Bhd. dan Borneo Housing Mortgage and Finance Bhd. Sebelum acara badminton dimulakan, Majlis Perasmian Karnival Sukan tersebut telah juga diadakan di tempat yang sama bermula jam 7.30 pagi yang disertai oleh 15 kontinjen. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan, YBhg. Datuk Hj. Yusof bin Hj. Mohd Kassim. Maklumat lanjut...

PERTANDINGAN KAROM YANG DIANJURKAN OLEH JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH

Sempena Karnival Sukan Kementerian Kewangan 2008, Jabatan Bendahari Negeri Sabah telah diamanahkan untuk menganjurkan acara karrom. Acara tersebut akan diadakan pada hari Sabtu 25 Oktober, 2008 bermula jam 8.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat Bawah, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu. Semua warga JBNS adalah dialu-alukan untuk menonton pertandingan tersebut. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut, atau mempunyai sebarang pertanyaan mengenai acara tersebut bolehlah menghubungi Encik Mazlan Mokthar di Ibupejabat Jabatan Bendahari Negeri Sabah.

Surat Pekeliling PBNS Bil. 7/2008 mengenai Kelayakan Pembayaran Kos Panggilan (Bil) Telefon Bimbit Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah bertarikh 09/09/2008.

Mesyuarat Program MS-ISO 9001:2000 Jabatan Bendahari Negeri Sabah yang akan diadakan pada 3 September, 2008 jam 8.30 pagi di Bilik Mesyuarat JBNS, Tingkat 1, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu telah ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan. Harap Maklum.

Mesyuarat Akauntan Gunasama kali yang ke 7 tahun 2008 telah diadakan pada 28 Ogos, 2008 bertempat di Hotel Shangri La Tanjung Aru Resort and Spa, Kota Kinabalu.

Surat Pekeliling Bertarikh 29 Julai 2008 mengenai Pematuhan Kepada Pekeliling JBNS bil ACGEN A/207/21 (25/11/1993) - Buku Tunai Pemungut Hasil. Rujuk e-Pekeliling...

 

PEPERIKSAAN PTK SIRI II 2008

Dimaklumkan bahawa permohonan menduduki peperiksaan Perkhidmatan Awam Negeri dan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Siri II 2008 telah dibuka secara online di alamat URL http://sww.exam.sabah.gov.my dengan menggunakan kata laluan e-Cuti. Maklumat peperiksaan boleh didapati dari laman web JPAN http://www.sabah.gov.my/jpan/uploads/ TAKWIM%20PKN%202008.html atau http://www.sabah. gov.my/jpan/ . Tarikh Tutup permohonan ialah pada 5 September 2008. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Mohd Rizan Abran di talian 088-272765.

 

Surat Pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah - Pematuhan Kepada Pekeliling JBNS Bil. 4/2003 mengenai Kaedah Penghantaran Disket SISVOT ke Kaunter JBNS, Bendahari Daerah dan Jabatan Mengakaun Sendiri (JMS). Lihat Pekeliling...

MIA Regional Conference 2008

 

 

TAKLIMAT SISTEM KOD PERAKAUNAN YANG BARU - SISTEM BELANJAWAN DIUBAHSUAI (MODIFIED BUDGETING SYSTEM)

Encik Hamdan Hamzani dan Encik Zulkarnain bin Zaini dari Jabatan Bendahari Negeri Sabah telah diundang untuk memberi taklimat mengenai Sistem Kod Perakaunan Yang Baru iaitu Sistem Belanjawan Diubahsuai (Modified Budgeting System) di Jabatan Keretapi Negeri Sabah pada 10 Julai, 2008, bertempat di Bilik Latihan, Bahagian Latihan, Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

Taklimat merangkumi pengenalan kepada Sistem Kod Perakaunan Baru - Sistem Belanjawan Diubahsuai, struktur kod lengkap MBS sebanyak 31 digit, kod-kod Pusat Tanggungjawab/Pusat kos, Kod Program/Aktiviti/Amanah, kod Projek/Setia dan kod Objek. Program taklimat bermula pada jam 8.30 pagi untuk sesi pertama iaitu Pengenalan Kepada Sistem Kod Perakaunan Yang Baru yang disampaikan oleh Encik Zulkarnain bin Zaini, manakala sesi kedua taklimat yang bertajuk 'Struktur Kod Perakaunan Baru' disambung oleh Encik Hamdan Hamzani pada jam 10.30 pagi sehingga jam 12.30 tengahari.

Sesi taklimat tersebut telah dihadiri oleh lebih dari tiga puluh orang peserta dari pelbagai seksyen dan bahagian di Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

MESYUARAT PROGRAM MS-ISO 9001:2000

Mesyuarat Program MS-ISO 9001:2000, Jabatan Bendahari Negeri Sabah telah diadakan pada 20 Jun, 2008 bermula jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat, Tingkat 1, Jabatan Bendahari Negeri Sabah.

 

TAKLIMAT PERLAKSANAAN PEKILILING PERKHIDMATAN BIL.6/2008

Taklimat Perlaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2008 mengenai Tawaran Opsyen Perlanjutan Umur Persaraan Wajib kepada 58 tahun telah diadakan pada 17 Jun, 2008 di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Kewangan, Tingkat Bawah, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu bermula jam 9.00 pagi. Lihat Galeri Foto . Taklimat yang berasingan akan diadakan di Pejabat-Pejabat Bendahari Daerah mengikut jadual yang akan ditetapkan kelak. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik_Ainie_Ramlee di talian 088-272772. Salinan pekeliling berkenaan boleh didapati di sini.

 

MESYUARAT BENDAHARI DAERAH BERSAMA PIHAK PENGURUSAN JBNS

Mesyuarat Bendahari Daerah Bersama Pihak Pengurusan Jabatan Bendahari Negeri Sabah ke 8 telah diadakan pada 9 dan 10 Jun, 2008 bertempat di Shangri-La Rasa Ria Resort, Tuaran. Lihat Galeri Foto.

 

SURAT PEKELILING PERUBAHAN MAKLUMAT CEK

Surat Pekeliling Mengenai Perubahan Maklumat Kerana Kesilapan Data Ke Atas Cek Bayaran Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Bendahari Negeri Sabah.  RUJ: JBN No. A (D-APP) 300-4/01/103 bertarikh: 21 Februari 2008.

Kursus Perakaunan Asas  Siri 2/2008

Jabatan Bendahari Negeri Sabah telah menganjurkan Kursus Perakaunan Asas  Siri 2/2008 dengan kerjasama INSAN dan Kementerian Kewangan pada 22 hingga 25 April, 2008 di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat Bawah, Wisma Kewangan, Kota Kinabalu. Kursus tersebut dihadiri oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dari pelbagai jabatan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Mohd. Rizan Abran  Tel: 088-272765 atau, Puan Irene Poni  Tel: 088-272763.

 

Jabatan Bendahari Negeri Sabah sedang menganjurkan Kursus Prinsip Asas Perakaunan Siri 1/2008 yang disertai oleh kakitangan jabatan yang baru seramai 14 orang yang berjawatan Pembantu Akauntan, Gred W17 di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Kewangan bermula pada 15 hingga 18 Januari, 2008.

Jabatan Bendahari Negeri Sabah (JBNS) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) dan Kementerian Kewangan akan mengadakan Latihan Penyediaan Transaksi Kewangan Menggunakan Kod Baru MBS Dalam SISVOT dan SISWANG pada 10 Disember, 2007 hingga 14 Disember, 2007 yang akan diadakan di Bilik Makmal Komputer INSAN, Tingkat 1, Blok A, Wisma MUIS, Kota Kinabalu dan Bilik Makmal Komputer, Kampus Institute Training Centre (ITC), Jalan Maktab Sabah, Kota Kinabalu.(Lihat Tempat Latihan dan Senarai Nama Peserta).

E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) adalah portal pembelajaran bagi sektor awam Malaysia. EPSA merupakan pakej e-pembelajaran yang pertama dibangunkan untuk anggota sektor awam dan merupakan model pendekatan latihan yang baru iaitu memberi tumpuan kepada pembelajaran secara teragih (decentralized).

Surat Pekeliling Mengenai Pengakaunan Pungutan Hasil dan Pembayaran Di Daerah Penampang.

Kursus Perakaunan Asas Siri 1/2007 

Kursus Perakaunan Asas Siri 2/2007 

Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 2/2004
Pemilikan dan pengisytiharan harta oleh Pegawai Awam. Sila klik di sini untuk mengetahui kandungan pekeliling.
Harap maklum bahawa borang-borang yang terlibat akan dibekalkan oleh Bahagian Pentadbiran dan Personel.

Kursus Kenegaraan Di Bawah PTK
Pelaksanaan Kursus Kenegaraan di bawah Penilaian Tahap Kecekapan.
Sila tuju ke laman e-pekeliling (Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 6/2003)

Jadual Kursus dan Pelaksanaan SISWANG untuk Pejabat Bendahari Daerah. Sila klik di sini untuk melihat jadual.(15.07.2004)

Pelaksanaan Sistem e-Pay A3. Sila Klik disini untuk melihat Jadual Pelaksanaan.


Jadual Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) 21 OGOS HINGGA 25 OGOS TAHUN 2006 boleh dilayari di www.sabah.gov.my/jpan.  * Tarikh Tutup Permohonan Peperiksaan Pada 30 Jun 2006 * 

Jadual Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) tahun 2006 untuk Gred W.

Analisis Teguran Tahun 2002 - 2003

Pelaksanaan MS ISO 9000 JBNS - Tahun 1997 sehingga 2002

Persidangan Bendahari Daerah dan Akauntan Gunasama Tahun 2001

Malam Mesra JBNS Tahun 2001

Program Pengenalan Kepada RG - 8 sehingga 10 November 2000

Kursus Induksi Khusus JBNS 2000 - 17 sehingga 20 Oktober 2000

Konvensyen MS ISO 9000 Negeri - 2 sehingga 3 Oktober 2000

Persidangan Bendahari Daerah dan Akauntan Gunasama Tahun 2000

Malam Mesra JBNS Tahun 2000



Sabah.Net | Sabah.Gov | MYGov | MIA | JPAN | ACCA | CPA (Australia) | SPAN | LHDN | EPSA | Akauntan Negara Malaysia | Berita Harian online | Daily Express Online

Mengenai Kami | Hubungi kami | Hakcipta Terpelihara ©2008 Jabatan Bendahari Negeri Sabah |


Notis Penafian (Disclaimer Notice):
Jabatan Bendahari Negeri Sabah tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan atau kehilangan hartabenda/nyawa disebabkan penggunaan sebarang maklumat dari laman web ini.