Jabatan Bendahari Negeri Sabah adalah komited untuk mencapai kepastian kualiti Pengurusan Penyediaan Penyata Akaun Awam dikeluarkan tepat pada masanya serta memberi gambaran benar dan saksama.
-
Pembayaran Perbelanjaan Awam adalah teratur dan menepati keperluan Piagam Pelanggan dan Objektif Kualiti JBNS.
-
Kepastian Kualiti ini akan dilaksanakan melalui pematuhan terhadap Sistem Pengurusan Kualiti MS-ISO 9001:2008 yang disemak dari masa ke semasa.
-
Pihak Pengurusan JBNS adalah komited dalam memastikan Polisi Kualiti ini dipatuhi melalui hebahan kepada setiap peringkat pengurusan jabatan dan akan disemak kesesuaiannya pada setiap Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan.















