OBJEKTIF KUALITI JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH
-
100% baucar bayaran yang lulus dan teratur dibayar dalam masa 1 hari bekerja.
- Akaun Bulanan ditutup pada minggu ke empat (4) bulan berikutnya kecuali penutupan akaun bagi bulan Januari.
- Lejar bulanan dikeluarkan 4 hari bekerja selepas Akaun Bulanan ditutup.
- Akaun Tahunan ditutup tidak lewat daripada Februari tahun berikutnya.
- Mengemukakan Penyata Akaun Awam kepada Jabatan Audit Negara
sebelum 31 Mei.
- Mengemukakan Penyata Akaun Awam kepada Jabatan Cetak Kerajaan untuk dibukukan selepas "Audit Exit Conference" dan Sijil Audit Negara diterima daripada Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan.
- 100% bayaran saraan bulanan yang lengkap dan teratur mengikut Pekeliling Jadual Bayaran Saraan.
- 70% anggota hendaklah diberi latihan sekurang-kurangnya 2 hari dalam masa setahun.
- Prestasi pembekal akan dinilai setiap setengah tahun.
- Perkhidmatan penyelenggaraan dan pemeriksaan komputer dibuat mengikut jadual yang telah ditetapkan dalam perjanjian.
- 100% permintaan fail dapat dibekalkan pada hari yang sama sekiranya ada dalam simpanan.