Pautan Penting


LOGO JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH

 

 

 

 


DEFINISI LOGO

Logo Jabatan Bendahari Negeri Sabah (JBNS) secara keseluruhannya melambangkan organisasi korporat yang memiliki keyakinan, kekuatan dan berdaya maju di dalam mentadbir wang awam dengan baik, bertanggungjawab dan bersistematik.

DEFINISI WARNA LOGO

EMAS

Warna emas pada logo JBNS melambangkan wang awam yang ditadbir oleh JBNS dengan penuh hemah, tulus dan bertanggungjawab.

UNGU

Warna ungu membawa maksud komitmen yang ada pada JBNS untuk mentadbir wang awam mengikut peraturan-peraturan kewangan semasa.

PERAK

Warna perak pada huruf 'B' dan 'Sabah' melambangkan kecekapan dan kemahiran yang tinggi yang dimiliki oleh setiap warga JBNS di dalam melaksanakan tanggungjawab dengan mesra, tekun, usaha dan gigih.

BENTUK DAN ELEMEN-ELEMEN

 

SEGI EMPAT GABUNGAN

Bentuk segi empat gabungan pada logo JBNS melambangkan fokus JBNS di dalam mentadbir wang awam adalah seiring dengan pembangunan sistem maklumat (IT).

LINGKARAN LUAR PETAK SEGI EMPAT

Lingkaran luar petak segi empat melambangkan ketegasan dan ketelitian JBNS di dalam membuat keputusan berkenaan pentadbiran wang awam dengan tepat dan saksama.

 


Sabah.Net | Sabah.Gov | MYGov | MIA | JPAN | ACCA | CPA (Australia) | SPAN | LHDN | EPSA | Akauntan Negara Malaysia | Berita Harian online | Daily Express Online

Mengenai Kami | Hubungi kami | Hakcipta Terpelihara ©2008 Jabatan Bendahari Negeri Sabah |


Notis Penafian (Disclaimer Notice):
Jabatan Bendahari Negeri Sabah tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan atau kehilangan hartabenda/nyawa disebabkan penggunaan sebarang maklumat dari laman web ini.