Pengeluaran Baka

PENGELUARAN BAKA RUSA

Pada masa ini JPHPT memiliki tiga (3) buah ladang pembiakan rusa untuk membiak baka Rusa tempatan atau Sambar deer (Cervus unicolor brookei), Rusa Indonesia (Axix-axis), Rusa Merah (Cervus elaphus) dan Rusa Timorensis (Cervus Timorensis) untuk dijual kepada para penternak. Ladang-ladang pembiakan tersebut adalah seperti berikut:-      

Projek Pembangunan Rusa, Sebrang, Keningau

Latar Belakang
Projek ini telah mula dibangunkan pada 1977. Kini kawasan tanah seluas 30 ekar telah dibangunkan dan mempunyai 180 ekor rusa. Pada tahun 2000, sebanyak 17 anak rusa telah dihasilkan.

Fungsi dan Peranan

a)  Menghasilkan rusa pembiak untuk dibekalkan kepada penternak dan pihak swasta yang berminat dalam menternak rusa.

b)  Menjalankan penyelidikan ke atas tabiat, reproduksi dan pengurusan rusa dalam pemeliharan secara perladangan.

c) Menjalankan kajian keatas penggunaan tanduk rusa (Vulvet) untuk diproses menjadi ubat .

d)  Memberi khidmat nasihat kepada para penternak dalam pengurusan dan pemakanan rusa.  


Alamat

Sebrang, Keningau
Tel No: 087-331546
Fax No: 087-331546


Projek Pembangunan Rusa, Batu 16,Tawau

Latar Belakang

Projek ini telah mula dibangunkan pada 1986 di kawasan tanah seluas 25 ekar dan kini mempunyai 117 ekor rusa baka Rusa Sambar, Rusa Timorensis dan Rusa Merah. Pada tahun 2000, sebanyak 18 anak rusa telah dihasilkan.

Fungsi dan Peranan

a)  Menghasilkan rusa pembiak untuk dibekalkan kepada penternak dan pihak swasta yang berminat dalam menternak rusa.

b)  Menjalankan penyelidikan keatas tabiat, reproduksi dan pengurusan rusa dalam pemeliharan secara perladangan.

c)   Memberi khidmat nasihat kepada para penternak dalam pengurusan dan pemakanan rusa.


Alamat

Batu 16, Jalan Apas Balong, Tawau.
Tel No: 089-916249
Fax No: 089-766227


Projek Pembangunan Rusa, Telupid

Latar Belakang

Projek ini seluas 81 ekar dan ditempatkan dengan ternakan rusa pada 1994 dan kini mempunyai 556 ekor rusa. Pada tahun 2000, sebanyak 176 anak rusa telah dihasilkan.

Fungsi dan Peranan

a)  Menghasilkan rusa pembiak untuk dibekalkan kepada penternak dan pihak swasta yang berminat dalam menternak rusa.

b)  Menjalankan penyelidikan keatas tabiat, reproduksi dan pengurusan rusa dalam pemeliharan secara perladangan.

c)   Memberi khidmat nasihat kepada para penternak dalam pengurusan dan pemakanan rusa.

Alamat
Telupid, Sandakan.
Tel No: 011-820356
Fax No: Tiada