PENGENALAN
Pada masa ini Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan
Ternak Sabah mempunyai lima buah ladang kambing yang bertanggungjawab
dalam pengeluaran baka-baka kambing untuk penternak-penternak di Sabah.
Ladang-ladang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:-
Pusat Pembiakan Kambing Bongawan,
Papar (PPK BGN)
-
Pusat Pembiakan Kambing Purutan,
Tambunan (PPK PTN)
-
Pusat Pembiakan Kambing, Lahad Datu
(PPK LD)
-
Pusat Pembiakan Kambing, Telupid
(PPK TLD)
-
Pusat Pembiakan Bebiri,
Ranau (PPB RNU)
FUNGSI DAN PERANAN
Membiakbaka ternakan kambing
dan bebiri bermutu tinggi untuk dijual dan diagihkan kepada para
penternak.
-
Menjalankan kerja-kerja penyelidikan
keatas pembiakan, pemakanan dan pengawalan penyakit ternakan kambing
dan bebiri.
-
Memberi latihan serta khidmat nasihat
dalam pengurusan dan penternakan kambing dan bebiri kepada penternak
yang berminat.
MAKLUMAT LADANG
Pada umumnya ladang-ladang kambing jabatan mempunyai populasi kambing lebih
kurang 1400 ekor dimana terdapat 850 ekor pembiak induk dan 85 ekor pembiak
dara bagi kelima-lima ladang yang dinyatakan. Maklumat ladang adalah seperti
berikut:
LADANG
|
PPK
BGN
|
PPK
PTN
|
PPK
LD
|
PPK
TLD
|
PPB
RNU
|
Keluasan
Improve Pastura (ekar)
|
90
|
400
|
60
|
91
|
35
|
Populasi
(ekor)
|
389
|
569
|
342
|
134
|
343
|
Pembiak
Induk
|
183
|
338
|
175
|
38
|
117
|
|
Pembiak Dara
|
46
|
|
21
|
17
|
30
|
Kelahiran
(ekor)
|
172
|
239
|
82
|
109
|
137
|
Penjualan
(ekor):
|
|
|
|
|
|
|
Takai
|
33
|
19
|
13
|
24
|
52
|
|
Biakbaka
|
54
|
43
|
29
|
2
|
30
|
BAKA KAMBING
Pada masa ini Jabatan hanya menumpukan kepada dua
jenis baka utama sahaja dalam pengeluaran baka-baka kambing ia itu
baka AUSTRALIAN FERAL GOAT dan BOER. Selain itu Jabatan juga membuat
pembiakan kacukan diantara kedua-dua baka tersebut bagi mendapatkan
baka kacukan yang bermutu tinggi. Hasil pembiakan dan baka-baka yang
dihasilkan diharapkan akan dapat meningkatkan van genetik di kalangan
kambing penternak.
KETERANGAN LANJUT
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:-
Unit Pembangunan Sumber Genetik
Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Aras 3 Blok B, Wisma Pertanian Sabah
Beg berkunci 2051, 88999 Kota Kinabalu
Sabah.
Tel: 088-287407
Fax: 088-287418