Permohonan
Kriteria
Halal
Bayaran
Logo Halal
Bayaran Pemeriksaan
Jawatankuasa
MGI
Pengesahan Produk Luar
Enakmen
Jenayah Syariah
URUSETIA
JAWATANKUASA MGI
Unit
MGI,
Bahagian Penyelidikan dan Sebaran Am JHEAINS,
Tingkat 3, 9, 10, Blok A Wisma MUIS, Kota Kinabalu.
Tel: 088-222435
Jawatankuasa
MGI Negeri Sabah
paparan
terbaik
800 x 600
  |
| KRITERIA
HALAL
 |
Dapur
dan Alat Penyimpan serta Penyediaan Makanan |
-
Tidak
bercampur penyimpanan bahan halal dan tidak halal di dalam
tempat yang sama.
-
Tidak
bercampur penyediaan makanan halal dan tidak halal di dalam
dapur yang sama.
-
Tidak
bercampur penggunaan alat penyediaan makanan halal dan tidak
halal.
-
Dapur
hendaklah bersih dan memenuhi kriteria bersih Pihak Berkuasa
Tempatan/ Jabatan Kesihatan.
-
Persijilan
halal bagi dapur hendaklah dinyatakan di tempat penghidangan
(dewan jamuan).
|
Bahan
Penyediaan Makanan dan Bahan Gunaan
|
 |
- Bahan yang menjadi ramuan makanan atau gunaan
hendaklah terdiri dari bahan yang halal dan mempunyai logo pengeluaran
Halal.
- Bahan tidak terdiri dari binatang haram atau
binatang yang tidak disembelih secara syarak.
- Bahan tidak mengandungi benda najis atau haram
dari segi syarak seperti arak, minyak babi atau lemak binatang
yang tidak halal dimakan.
 |
Dewan
Jamuan |
- Tidak bercampur makanan
atau minuman halal dan tidak halal di dewan jamuan.
- Pinggan, mangkuk, cawan,
sudu, garpu atau tempat menghidang makanan yang digunakan tidak
bercampur dengan dewan jamuan tidak berlogo halal.
- Persijilan halal bagi
dewan jamuan hanya akan diberikan sekiranya kriteria halal dapur
diluluskan.
| Tukang
Masak dan Pekerja |
 |
- Tukang masak yang menyediakan
makanan atau gunaan hendaklah sekurang-kurangnya seorang dari
mereka beragama Islam.
- Semasa penyediaan dan
pemprosesan makanan atau penggunaan hendaklah diselia oleh orang
Islam.
- Pekerja bagi penyediaan
makanan atau penggunaan hendaklah sekurang-kurangnya 1/3 daripada
mereka beragama Islam.
 |
Premis
Penyembelihan |
- Premis penyembelihan
hendaklah mematuhi kriteria Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan
Perusahaan Ternak.
- Premis penyembelihan
hendaklah bersih dan mematuhi kriteria bersih Pihak Berkuasa
Tempatan/ Jabatan Kesihatan.
- Setiap premis hendaklah
memasang papan tanda peringatan larangan membawa masuk binatang
peliharaan.
| Kriteria
Haiwan |
 |
- Haiwan yang disembelih hendaklah putus halkum(saluran
pernafasan) dan urat marih (saluran makanan, minuman dan pendarahan).
- Haiwan hendaklah masih hidup dalam keadaan
biasa dan mati akibat penyembelihan.
- Haiwan yang disembelih hendaklah sihat dan
tidak berpenyakit.
 |
Alat
Penyembelihan |
- Alat penyembelihan hendaklah tajam.
- Penyembelihan yang dibantu dengan cara Stunning
hendaklah tidak mencedera, melemas atau mematikan haiwan.
- Alat penyembelihan hendaklah dibersihkan selepas
setiap kali penyembelihan dengan menggunakan air bersih.
| Pegawai
Pemeriksa Halal |
 |
- Setiap premis penyembelih hendaklah menyediakan
Pegawai Pemeriksa Halal bagi memastikan binatang disembelih
mati disebabkan sembelihan.
- Pegawai Pemeriksa Halal hendaklah beragama
Islam.
 |
Premis
Penjualan Daging Halal |
- Premis penjualan ayam/
daging halal hendaklah tidak menjual selain dari ayam/ daging
halal.
- Tempat penyimpanan ayam/daging
halal tidak bercampur dengan ayam/daging yang tidak hahal.
| Premis
Pembungkusan Semula |
 |
- Bahan pembungkusan hendaklah
dari bahan yang halal dan selamat untuk digunakan (dari segi
kesihatan).
- Produk yang dibungkus
semula ini telah diberikan Sijil Halal oleh Jabatan Agama Islam
Negeri atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau agensi halal
yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Persekitaran tempat
pembungkusan hendaklah bersih.
|
|
Logo Halal adalah pengiktirafan halal dimakan atau
digunakan dari segi syarak kepada semua jenis makanan atau bahan gunaan
yang disediakan dan dijual di premis makanan atau premis berkaitan
Dari : Riwayat Al-Bukhari dan Muslim,
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Tidak boleh taat kepada seseorang
dalam melakukan maksiat kepada Allah. Sesungguhnya ketaatan itu dalam
melakukan kebaikan.”
Kemaskini terakhir:
04 Ogos 2008
|
|
Urusetia
Jawatankuasa MGI,,
Tingkat 2, 9, 10, Blok A, Wisma MUIS,
Beg Berkunci 103, 88737 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-222435, Faks: 088-248324 |