Halaman Utama | Pautan Lain | Hubungi Kami     "Pengiktirafan HALAL adalah halal dimakan atau digunakan dari segi syarak"

Permohonan

Kriteria Halal

Bayaran Logo Halal

Bayaran Pemeriksaan

Jawatankuasa MGI

Pengesahan Produk Luar

Enakmen Jenayah Syariah





URUSETIA
JAWATANKUASA MGI

Unit MGI,
Bahagian Penyelidikan dan Sebaran Am JHEAINS,
Tingkat 3, 9, 10, Blok A Wisma MUIS, Kota Kinabalu.
Tel: 088-222435
Jawatankuasa
MGI Negeri Sabah


paparan terbaik
800 x 600

ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH
SYARIAH NEGERI SABAH 1995


Peruntukan Enakmen Tanda HALAL dan Penyembelihan

  • Kesalahan Salah Guna Tanda HALAL; Seksyen 59(2) & Seksyen 59(3)
    Sesiapa yang menjual atau menyedia atau mengedarkan apa-apa jenis makanan atau daging haram atau tidak secara halal adalah melakukan suatu kesalahan dan sesiapa memaparkan tanda halal pada makanan atau minuman yang haram atau tidak secara halal adalah melakukan suatu kesalahan, boleh apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
  • Kesalahan Penyembelihan : Seksyen 59 (6)
    Sesiapa yang menyembelih apa-apa binatang halal untuk tujuan jualan tanpa mendapat kebenaran atau perakuan bertulis dari Majlis adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
  • Kesalahan membiarkan tanda halal digunakan oleh orang lain 59(7)
    Sesiapa yang menyalahgunakan atau membiarkan disalahguna perakuan atau kebenaran penyembelihan binatang yang dihalal adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
  • Kesalahan Salahguna Tanda HALAL :Seksyen 60
    Sesiapa yang menyalahgunakan tanda HALAL atau meletakan tanda HALAL pada makanan atau minuman yang diharamkan oleh hukum syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

 



Logo Halal adalah pengiktirafan halal dimakan atau digunakan dari segi syarak kepada semua jenis makanan atau bahan gunaan yang disediakan dan dijual di premis makanan atau premis berkaitan


  Tajuk
Ketaatan Yang Dituntut Oleh Islam

Dari : Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Tidak boleh taat kepada seseorang dalam melakukan maksiat kepada Allah. Sesungguhnya ketaatan itu dalam melakukan kebaikan.”


Kemaskini terakhir:
04 Ogos 2008

Urusetia Jawatankuasa MGI,,
Tingkat 2, 9, 10, Blok A, Wisma MUIS,
Beg Berkunci 103, 88737 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-222435, Faks: 088-248324