Jemputan Ke Perasmian Pameran Khas Arkib Negeri Sabah, KEAGUNGAN KINABALU

Adalah dimaklumkan bahawa sempena perayaan menyambut Hari Kemerdekaan ke-54 Peringkat Negeri Sabah Tahun 2011, Arkib Negeri Sabah akan menganjurkan pameran khas bertajuk "Keagungan Kinabalu" pada 15-30 September 2011 di ruang legar Wisma Pertanian.

Majlis Perasmian dijangka akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah pada 15 September 2011 di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Sabah.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dijemput hadir ke acara berikut:-

  1. Majlis Perasmian Pameran
    Tarikh : 15 September 2011 (Khamis)
    Masa : 8.30 Pagi
    Tempat : Dewan Serbaguna, Wisma Pertanian, Jalan Tasik, Luyang Off Jalan Maktab Gaya, Kota Kinabalu
  2. Melawat Galeri Pameran
    Tarikh : 15 -30 September 2011 (Khamis)
    Masa : 8.30 Pagi - 5.00 Ptg
    Tempat : Dewan Serbaguna, Wisma Pertanian, Jalan Tasik, Luyang Off Jalan Maktab Gaya, Kota Kinabalu
  3. 3. Acara-acara sampingan semasa pameran diadakan:
    • 3.1 Pertandingan Melukis Terbuka kepada Pelajar Sekolah Rendah- 24 September 2011
    • 3.2 Peraduan Kuiz 15 - 29 September 2011
    • 3.3 Penyampaian Hadiah Pemenang Peraduan Kuiz - 30 September 2011

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Puan Shirley Sion, 088-268903.

Kehadiran anda semua akan memeriahkan lagi dan seterusnya menjayakan pameran khas.