International City Fair 2008

Tuan/Puan,

Happy morning! I hope you have a great day and many more aheads of us.

Sukacita saya memaklumkan bahawa program International City Fair 2008 adalah merupakan sebahagian daripada acara istimewa yang pertama kali diadakan sempena sambutan hari Bandaraya tahun ini. Ia akan diadakan seperti berikut:

Tarikh:
30hb Januari - 3hb Februari 2008 ( 5 hari!)
Masa: 9.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat: Sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens (Depan Marina Court)
 - tempat ini bertutup sekarang namun ianya akan disediakan untuk tujuan ini.

Konsep: Booth jualan / promosi barangan diadakan. Pada tempoh venue ini DBKK juga akan menganjurkan 1st City Street Parades, Lantern Possession, International  Cultural perfomance dll yang dijangka boleh menarik kehadiran ramai orang.

Harga Booth (Harga disemak semula bagi booth bersaiz 20' x 20', satu kipas electrical point.):

Objektif:
(i) Memeriahkan suasana sambutan Ulang tahun Bandaraya ke 8 dari prospek perniagaan.
(ii) Menjana pendapatan tambahan melalui jualan booth untuk membantu membiayai kos penganjuran acara-acara sempena sambutan Ulang Tahun Bandaraya 2008.

Tarikh Tutup: 11/1/2008. Pelanjutan masa boleh dipertimbangkan sehingga 18/1/2008.

Usaha telah sejak bulan Disember yang lalu untuk mendapatkan penyertaan program ini. Namun, Pihak Penganjur masih memerlukan bantuan dan kerjasama tuan/puan untuk memasarkan program ini kepada contacts tuan/puan yang berkaitan. Sebagai contoh, salah satu booth yang boleh menarik perhatian pelanggan adalah Booth soft & hard Landscape. Dalam aspek ini, saya menaruh harapan kepada En. Walter melalui networkingnya dalam area ini untuk menghubungi mereka yang berkenaan untuk menyertai atau menyokong DBKK dalam program ini. Tuan Alijus pula boleh membantu dari sudut property developers namun tidak seharusnya terhad kepada area ini. Begitu juga HODs dan Kakitangan DBKK yang lain sama-sama
mempunyai peluang dan peranan untuk menyumbang dalam program ini. Manalah tahu, ada ahli keluarga, saudara atau kawan yang mungkin berminat.

Borang dengan butiran terkini boleh didapati daripada En. John Akad di Unit Multi Media atau didownload daripada Website DBKK.

Ketua Pemasaran Program ini adalah En. Lifred Wong. Sukacita Tuan/Puan menghubunginya atau saya untuk sebarang pertanyaan atau perkembangan.

Kerjasama tuan /puan amat diharapkan.


Thank You / Terima Kasih
" INTERNAL AUDIT AS YOUR PARTNER IN INTERNAL CONTROL"
" HAPPY WORKING AND WARM REGARDS "
( DORIN STUEL)
KETUA BAHAGIAN AUDIT DALAM
Merangkap Pengerusi ICF 2008