|
SEMINAR PENDEDAHAN FRANCAIS DAN UJIAN KESESUAIAN KEUSAHAWANAN FRANCAIS - PROGRAM
FRANCAIS SISWAZAH DAN WANITA Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dengan kerjasama Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) akan menganjurkan Seminar Pendedahan Francais dan Ujian Kesesuaian Keusahawanan Francais - Program Francais Siswazah dan Wanita pada 22 November 2007 di Magellan Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu.
Tujuan utama Program Francais Siswazah dan Wanita ini adalah untuk melahirkan usahawan Bumiputera dalam bidang perniagaan francais. Para peserta yang berjaya untuk menyertai program ini akan diberi kemudahan pinjaman sebanyak 90% daripada jumlah kos projek serta latihan perniagaan asas, 'mentorship' dan juga latihan sangkut kerja PNS.
Seminar adalah PERCUMA dan terhad kepada 800 orang penyertaan sahaja. Oleh itu kami mengalakkan kepada yang berminat supaya mendaftar awal bagi memperolehi tempat (first come first serve basis). Bagi yang berminat silalah mendaftar secara 'online' di www.pns.com.my. Bagi yang tidak ada kemudahan Internet, bolehlah mendapatkan borang penyertaan daripada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) dengan menghubungi Encik Mohd Amir Karim, Encik Ramlee Dullah, Encik Agku Azreel Abd Wahap, Puan Mariyam Gambur, Puan Kamariah Abidin, Puan Dariah Petrus dan Cik Fauziah Kurais di talian 266777. Anda juga boleh mendapatkan borang pendaftaran dengan mengklik di sini.
|