crest_1.jpg (7209 bytes)

SIDANG AKHBAR
MAJLIS PELANCARAN LOGO, MASKOT, LAGU, TEMA, IMEJ KORPORAT DAN LAMAN WEB
SUKAN MALAYSIA IX, 2002, SABAH

OLEH:
YB. DATUK RUBIN BALANG
MENTERI PEMBANGUNAN BELIA, KEBUDAYAAN DAN KEMAJUAN SUKAN SABAH
MERANGKAP PENGERUSI PENGELOLA SUKMA IX, 2002 SABAH

BERSAMA

YB. DATUK K.Y. MUSTAFA
SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI,
MERANGKAP PENGARAH OPERASI SUKMA IX, 2002 SABAH

[ untuk mendapatkan Jadual Aturcara, sila klik di sini ]
1. LATARBELAKANG SUKAN MALAYSIA (SUKMA)
1.1 Sukan Malaysia atau dengan ringkasnya SUKMA adalah satu acara kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia dan Majlis-Majlis Sukan Negeri serta Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti Malaysia, Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia.
1.2 SUKMA adalah merupakan kejohanan ‘beraneka sukan’ (multi-sports competition) dan berkonsepkan ‘Mini Sukan Olimpik’ di Malaysia yang melibatkan atlit remaja. SUKMA diadakan secara dwi tahunan dan berselang seli dengan Sukan SEA. Sukan Malaysia yang pertama telah diadakan pada tahun 1986 di Kuala Lumpur.
1.3 Negeri Sabah telah mengambil bahagian di dalam SUKMA sejak tahun 1986.
2. OBJEKTIF SUKMA
2.1 Temasya Sukan Malaysia adalah merupakan sukan yang berprestij, yang mencunkil bakat atlit-atlit remaja di peringkat negeri dan daerah mengalakkan penglibatan secara total dalam sukan yang dipertandingkan.
2.2 Untuk mempertingkatkan mutu sukan dan menggalakkan pertumbuhan bilangan penyertaan di peringkat negeri dan daerah terutama dalam sukan-sukan yang diberi keutamaan.
2.3 Menggalak dan mempertingkatkan prestasi kepegawaian seperti Jurulatih, Pegawai-Pegawai Teknikal dan Pentadbir-Pentadbir Sukan.
2.4 Menggalak pembinaan kemudahan-kemudahan yang sedia ada di peringkat negeri dan dearah.
2.5 Menjadi asas pemilihan atlit-atlit bagi mewakili negara ke peringkat Antarabangsa di masa hadapan.
2.6 Menjadikan sebagai usaha meningkatkan integrasi nasional di kalangan masyarakat Malaysia.
3. MAJLIS PELANCARAN
3.1 Majlis Pelancaran Logo, Maskot, lagu, Tema, Imej Korporat dan Laman Web SUKMA IX, 2002 Sabah akan diadakan pada 03 Mac 2001, di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Jam 7.00 Malam.
3.2 Majlis Pelancaran tersebut akan dilakukan oleh YAB. Datuk Seri Panglima Osu Haji Sukam, Ketua Menteri Sabah.
3.3 Majlis Pelancaran dijangka akan dihadiri oleh para jemputan khas seperti:-
3.3.1 Menteri dan Pembantu Menteri
3.3.2 Ahli Dewan Undangan Negeri
3.3.3 Exco Belia Dan Sukan Negeri
3.3.4 Ahli Jawatankuasa Tertinggi SUKMA IX
3.3.5 Pegawai Kanan Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia
3.3.6 Pegawai Kanan Majlis Sukan Negara Malaysia
3.3.7 Pengarah Majlis Sukan Negeri
3.3.8 Ketua-Ketua Jabatan Negeri Dan Persekutuan
3.3.9 Persatuan Sukan Negeri
3.3.10 Orang Perseorangan
4. ATURCARA
4.1 Di antara acara di Majlis Pelancaran tersebut adalah seperti berikut:-
4.1.1 Payung Terjun ( jika cuaca mengizinkan )
4.1.2 Perbarisan Kontinjen bagi Negeri-negeri yang mengambil bahagian oleh seramai 600 orang
4.1.3 Pelancaran Logo, Maskot, lagu, Tema, Imej Korporat dan Laman Web
4.1.4 Persembahan Kesenian oleh Lembaga Kebudayaan Sabah
(Aturcara Majlis tersebut dilampirkan)
5. SARANAN
5.1 Orang rama yang berada di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu adalah dijemput hadir untuk memeriahkan Majlis tersebut.
Disediakan Oleh:-
Bahagian Sukan,
Kementerian Pembangunan Belia,
Kebudayaan Dan Kemajuan Sukan Sabah.
ARL/ctn