BUKU PENYATA KEWANGAN KELUARGA 1999

  1. PENGENALAN
    Book Cover Buku Penyata Kewangan Keluarga ( BPKK ) disediakan oleh pihak Bank Negara berasaskan kepada hasil kajian yang dibuat di negara Jepun. Usaha menerbitkan BPKK adalah sebagai susulan kepada Galakan Menabung yang disyorkan oleh pihak Kerajaan melalui kempen-kempen yang dijalankan ke arah meningkatkan tabungan negara agar usaha memulihkan ekonomi negara dapat dipercepatkan.

    Buku ini disediakan atas kesedaran bahawa keperluan keluarga sentiasa meningkat dan tiada hadnya. Sebaliknya pendapatan keluarga tidak sentiasa meningkat. Meskipun demikian, kehidupan selesa masih terus boleh dinikmati sekiranya setiap keluarga bijak berbelanja melalui pengurusan kewangan dan perbelanjaan yang terancang. Oleh itu, BPKK memberi panduan yang mudah bagi membantu keluarga merancang kewangan dan perbelanjaan setiap bulan dengan harapan melalui penjimatan dalam perbelanjaan dapat menghasilkan potensi simpanan yang boleh ditabungkan.

    Buku ini juga mengandungi panduan dan cara-cara menjimatkan penggunaan air serta elektrik di samping kalendar 1999 untuk urusan-urusan penting, istimewa dan sebagainya yang membabitkan perbelanjaan.

  2. OBJEKTIF BPKK
    Secara ringkas BPKK mempunyai objektif seperti berikut;

  3. HARGA BPKK
    Bank Negara telah menetapkan harga bagi senaskah BPKK yang mengandungi 96 muka surat ialah RM 2.00.

  4. DI MANA BPKK BOLEH DIPEROLEHI?
    BPKK boleh diperolehi di Unit Hal Ehwal Wanita Sabah (UHEWS), Tingkat 9, Blok "B", Wisma MUIS, Sembulan, Kota Kinabalu sama ada datang sendiri atau menghantar borang tempahan yang disediakan melalui e-mail atau fax. Abstrak sebahagian kandungan BPKK sebagai contoh juga disediakan. UHEWS telah diberi tanggungjawab oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita (HAWA) di Kementerian Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat untuk membantu mengedarkan BPKK di Sabah.

  5. CONTOH-CONTOH PENYATA KEWANGAN KELUARGA 1999
    Sila klik sini untuk melihat contoh-contoh penyata kewangan sebahagian daripada contoh penyata kewangan yang terdapat di dalam BPKK (formad HTML) atau muat-turun di sini (formad MS Excel)

  6. BORANG TEMPAHAN/PESANAN
    Anda boleh menempah/memesan buku tersebut di sini.
    Sekian, terima kasih.

    Unit Hal Ehwal Wanita Sabah
    Tingkat 9, Blok "B", Wisma MUIS
    Kota Kinabalu.

    Tel: 088-236251/236249
    Fax: 088-236125

Web page created by Sabah.Net