PERSATUAN PARLIMEN KOMANWEL (CPA)
(COMMONWEALTH PARLIAMENTARY ASSOCIATION)
CAWANGAN SABAH

 

Apa itu Komanwel?
Komanwel adalah pertubuhan 53 negara-negara yang merdeka dan berdaulat dengan jumlah penduduk lebih kurang 1.7 billion berpadu tenaga demi faedah bersama dalam menangani perubahan kemajuan dunia yang semakin pesat.

Pertubuhan seperti Komanwel ini menggembleng tenaga masyarakat dunia yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama di kalangan negara-negara anggota.  Ia bertindak untuk menyatupadukan agar semua anggota dapat memiliki hak sama rata serta memupuk persefahaman, kerjasama dan pembangunan dalam pelbagai bidang seperti kebudayaan, ekonomi, sosial, sukan dan mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen dalam menegakkan hak asasi manusia dan undang-undang.  Commonwealth, form of government based on the consent of the people ("common weal" means common well-being).

Apa itu Persatuan Parlimen Komanwel (CPA)?
CPA adalah persatuan anggota Parlimen/Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam Negara-negara Komanwel yang terdiri daripada berbilang bangsa, agama, kebudayaan, jantina dan keturunan bersatu sebagai masyarakat berkepentingan bersama, hormat kepada undang-undang, hak asasi serta mencari kesempurnaan dalam fahaman demokrasi berparlimen.

Tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan dalam sistem ekonomi, sosial, perundangan, perlembagaan dan kebudayaan dalam bentuk demokrasi berparlimen dengan penumpuan kepada Negara-negara Komanwel yang mempunyai hubungan sejarah dan Sistem Demokrasi Berparlimen.

Sejarah Persatuan Parlimen Komanwel (CPA)

Persatuan Parlimen Komanwel ditubuhkan dalam tahun 1911 dengan nama "Empire Parliamentary Association" dengan ahli-ahlinya yang terdiri daripada Australia, Kanada, New Foundland, New Zealand, Afrika Selatan dan United Kingdom.  Dengan munculnya   negara-negara  yang bertaraf merdeka dan berdaulat,  keanggotaan CPA telah meningkat mulai tahun 1948 dan seterusnya nama "Empire Parliamentary Association" diubah kepada Commanwealth Parliamentary Association (Persatuan Parlimen Komanwel) dengan keahlian 140 negara dan seramai 14,000 Ahli Parlimen/Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk daripada Negeri Sabah.

Pewujudan CPA memberi peluang bagi mengadakan perbincangan, aktiviti, persidangan, seminar serta pertukaran maklumat terutamanya berkaitan dengan perundangan dan politik di kalangan negara anggota dari masa ke semasa.   Ia juga memupuk semangat kerjasama dan persefahaman serta meningkatkan pengetahuan tentang Demokrasi dan Sistem Parlimen bagi negara-negara masing-masing.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Parlimen
Komanwel, Cawangan Sabah 2004/2005

Presiden: Yang Berhormat Datuk Juhar bin Haji Mahiruddin
(Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah)
Naib Presiden: Yang Amat Berhormat  Datuk Seri Hj. Musa Hj. Aman
(Ketua Menteri Sabah)
Ahli: Yang Berhormat  Tan Sri Datuk Pandikar Amin Haji Mulia
Yang Berhormat  Datuk Louis Rampas
Yang Berhormat Datuk Liew Teck Chan
Yang Berhormat Encik Philip Benedict Lasimbang
Setiausaha Kehormat/Bendahari: Encik Bernard Joseph Dalinting


kembali ke laman utama