JAWATANKUASA AKAUN AWAM NEGERI SABAH
(PUBLIC ACCOUNTS COMMITEE) (PAC)

Pembentukan

Jawatankuasa Akaun Awam Negeri dilantik di bawah peruntukan Perkara 34, Perlembagaan Negeri Sabah.

Fungsi  Jawatankuasa Akaun Awam Negeri Sabah

bul16.gif (947 bytes)   Memastikan wang awam dibelanjakan telah mematuhi prosedur dan menetapi tujuan asal seperti yang telah diluluskan di dalam belanjawan kerajaan;

bul16.gif (947 bytes)   Memastikan sesuatu perbelanjaan yang dilakukan oleh pegawai awam secara ekonomi dan cekap; dan

bul16.gif (947 bytes)   Menjaga tahap kesusilaan awam yang tinggi terhadap kesemua hal kewangan.

Kuasa

Kedudukan Jawatankuasa Akaun Awam diperketatkan melalui Ordinan Dewan Undangan Negeri Sabah (Hak-hak Keistimewaan, Kebebasan-kebebasan dan Kuasa-kuasa) 1963.

Dibawah ordinan tersebut, "Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) boleh memanggil Pegawai Awam untuk menyoal, mengemukakan keterangan atau risalah tentang kedudukan perkara-perkara yang ditimbulkan dalam laporan Ketua Audit Negara" (yang telah dibentangkan dalam Dewan).

JAWATANKUASA AKAUN AWAM NEGERI:

Dalam menjalankan kuatkuasa peruntukan-peruntukan yang diberikan
kepadanya menurut perenggan (2) Peraturan Tetap No. 90 (Jawatankuasa
Akaun Awam) Jawatankuasa Tetap Dewan telah melantik Ahli-ahli yang
berikut sebagai Ahli-ahli Jawatankuasa Akaun Awam:-

Pengerusi: Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin
Ahli: Yang Berhormat  Datuk Datuk Mohd. Lan Allani
Yang Berhormat  Datuk Louis Rampas
Yang Berhormat  Datuk Haji Zakaria Edris
Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Yang Berhormat Au Kam Wah
Yang Berhormat Juni @ Johnny Intang
Yang Berhormat Datuk John O.T. Ghani
Setiausaha kepada Jawatankuasa: Encik Bernard Joseph Dalinting (Setiausaha Dewan)
Ex-Officio: Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan
Bendahari Negeri
Pengarah Audit Negara, Cawangan Negeri Sabah
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri

Untuk mendapatkan laporan, sila klik Laporan Jawatankuasa Akaun Awam Negeri Sabah.

kembali ke laman utama