DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH

Dewan Undangan Negeri Sabah dibentuk pada tahun 1967 (bangunan lama) iaitu selepas Pilihanraya Negeri Sabah yang pertama diadakan.

Bangunan tersebut kemudian diserahkan kepada Jabatan Muzium Negeri Sabah pada tahun 1980.  Pada tahun yang sama, Pejabat Dewan Undangan Negeri Sabah telah berpindah ke tingkat 8, Bangunan Yayasan Sabah.  Pada masa itu, Kerajaan Negeri Sabah ditadbir oleh Kerajaan Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA).

Dewan Undangan Negeri Sabah mula menggunakan bangunannya sendiri pada Julai 1995.  Bangunan Tetap Dewan Undangan Negeri ini telah dibina dalam tahun Rancangan Malaysia ke-6.

Keluasan tapak bangunan DUNS ialah 2 hektar dan mempunyai 4 aras, sementara keluasan keseluruhannya ialah 38.02 hektar.  Bangunan DUNS terletak di bahagian utara Bangunan Yayasan Sabah, Teluk Likas dan hanya kira-kira 8 km dari pusat bandar Kota Kinabalu.

Bangunan DUNS dibina dengan kos kira-kira RM150 juta.

 

SEJARAH RINGKAS DUNS

Pilihanraya Negeri Sabah yang pertama diadakan pada tahun 1967.  Sehinga hari ini, institusi penggubalan undang-undang Negeri Sabah dipanggil Dewan Undangan Negeri Sabah dan undang-undang yang diluluskan dipanggil enakmen.

Sebagai salah sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia, Sabah mempunyai kedudukan istimewa dengan mempunyai Kabinet Negeri dan Perlembagaannya sendiri.  Kedua-dua komponen penting kerajaan ini terbentuk melalui Dewan Undangan Negeri.



Bangunan Lama Pejabat Dewan
Undangan Negeri
(1967 - 1980)


Tingkat 8, Bangunan Yayasan Sabah 
(1980-1995)



Bangunan Tetap
Dewan Undangan Negeri Sabah
(1995 hingga kini)

Seterusnya ...