Cokmar dan Bentara Dewan

Semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan daripada Pemerintahan Kolonial British, Negara Malaysia telah mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen yang berasaskan Sistem Parlimen British dengan mengekalkan Sistem Raja sebagai Ketua Negara (Perlembagaan Beraja) dan Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan dengan kuasa eksekutifnya.

 

 

COKMAR

Cokmar merupakan lambang kuasa Speaker.  Tanpa Cokmar sesebuah Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri tidak boleh mengadakan sidangnya.

Cokmar Negeri Sabah telah dihadiahkan oleh Kerajaan British yang telah diserahkan oleh Ketua Perwakilan British Mr. Tom Driberg kepada Datuk Haji Mohd. Kassim (Speaker Sabah yang kedua) semasa Majlis Penyerahan Cokmar di Dewan Undangan Negeri pada 20 Jun 1966.  Cokmar ini masih digunakan sehingga sekarang. 

Hanya Bentara Dewan yang diberi kuasa oleh Speaker sebagai pembawa cokmar.

BENTARA DEWAN

Bentara Mesyuarat bertanggungjawab membawa cokmar semasa upacara masuk ke Dewan bagi setiap persidangan. Ia juga bertanggungjawab untuk melaksanakan arahan Speaker dan mengawal Dewan daripada sebarang demonstrasi ataupun perkara-perkara yang boleh mengganggu perjalanan persidangan.


Gambar atas : Perarakan masuk ke Dewan Persidangan semasa Pejabat Dewan Undangan Negeri Sabah berpejabat di Bangunan Yayasan Sabah.

 

 

 

Gambar kiri : Perarakan masuk ke Dewan Persidangan di bangunan tetap Dewan Undangan Negeri Sabah yang terletak di aras 4 bangunan DUNS.

kembali ke laman utama