BANGUNAN DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH

Bangunan pertama Dewan Undangan Negeri Sabah (DUNS) terletak di Istana Lama yang merupakan Muzium Negeri Sabah sekarang ini.  Setelah bangunan Istana Lama diserahkan kepada muzium, Pejabat Dewan Undangan Negeri Sabah telah berpindah ke Bangunan Yayasan Sabah yang kini dikenali sebagai Menara Tun Mustapha.

Bangunan tetap Dewan Undangan Negeri Sabah mula dibina dalam Rancangan Malaysia keenam.  Rekabentuk bangunan tetap Dewan Undangan Negeri Sabah ini telah diluluskan oleh Kabinet Negeri pada tahun 1988 dan terletak puncak bukit sebelah utara bangunan Yayasan Sabah.  Pada keseluruhannya bangunan DUNS telah siap dan mula digunakan pada Julai 1995 dengan kos pembinaan RM150 juta.

Secara amnya, keluasan kawasan (tanah) Dewan Undangan Negeri Sabah ialah 11 hektar manakala keluasan tapak bangunan pula ialah 2 hektar.  Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah mempunyai empat (4) aras dan Pejabat Pentadbiran Dewan Undangan Negeri terletak di aras 4.

Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah mempunyai kemudahan-kemudahan seperti Dewan Persidangan, Dewan Bankuasi, Bilik-bilik rehat untuk orang-orang kenamaan (Tuan Yang Terutama Yang di- Pertua Negeri,   Speaker, Timbalan-Timbalan Speaker, Ketua Pembangkang), bilik -bilik mesyuarat, ruang khas untuk makan/minum, Perpustakaan, Bilik sidang media, Pejabat pentadbiran  (Urusetia) DUNS, tempat letak kereta dan ruang awam

Kemudahan-kemudahan tersebut adalah untuk kegunaan :

  • Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri,

  • orang-orang kenamaan, jemputan khas,

  • Jabatan  dan agensi Kerajaan

Bagi  aktiviti-aktiviti rasmi kerajaan termasuk :

  •   persidangan

  •   mesyuarat

  •   seminar

  •   kursus

  •   taklimat

  •   ceramah

  •   upacara perasmian atau pelancaran

  •   jamuan makan negeri yang diadakan dari masa ke semasa.

ARAS 1
  • Kawasan Letak Kereta

ARAS 2

ARAS 3
ARAS 4

kembali ke laman utama