|
HANSARD (PENYATA RASMI) |
||||
|
|
Hansard adalah Rekod Rasmi bercetak Perbahasan dan Perjalanan Sidang Dewan atau Parlimen. Ia merupakan laporan bertulis yang mengandungi hampir semua patah demi perkataan ucapan yang dirakam dan kemudian ditaip (dibukukan) untuk dijadikan sebagai rujukan. |
|
||
|
SEJARAH Nama "Hansard" adalah berasal daripada Luke Hansard, seorang yang memulakan rekod bercetak bagi Perbahasan Parlimen dalam tahun 1774. |
||||
|
|
||||
|
|
PERANAN 'HANSARD' DALAM MASYARAKAT MODEN Untuk
membolehkan mahkamah menetapkan maksud sebenar parlimen bersabit dengan
perkataan bagi sesuatu 'Statue'. |
|||
|
|
Penyunting atau penulis Hansard Tugas penyunting "Hansard" adalah menyediakan catatan rakaman secara tepat dan sepenuhnya Perbahasan dan Perjalanan Sidang Dewan. Penulis Hansard akan bertugas secara berpasukan. Merakam secara bergilir setiap sepuluh (10) minit seorang dalam bentuk ringkasan (shorthand) atau rakaman kaset Perbahasan dan Perjalanan Sidang. Penyunting atau penulis akan membaca atau menyemak rakaman dan menaip dalam komputer. Rekod yang dihasilkan akan disemak lagi oleh Ketua Penyunting. Setiap deraf 'Hansard' yang dihasilkan akan diedarkan kepada setiap Ahli Dewan untuk dibaca dan disemak pada hari sidang berikutnya. Hansard yang telah disemak dan dibetulkan atau dipersetujui oleh Ahli-ahli Dewan selewat-lewatnya dikembalikan tiga (3) minggu sebelum dicetak dan dijilid. Ahli Dewan yang tidak mengembalikan Catatan Pertama 'Hansard' selepas tempoh masa tiga (3) minggu dianggap telah bersetuju dengan rekod atau catatan Hansard. |
|||
|
Dikeluarkan
oleh: Setiausaha Dewan |
||||