DILARANG MENYEBUT ISTILAH MENGHINA
Para Ahli Dewan dilarang daripada mengucapkan istilah yang bersifat menghina ketika merujuk kepada individu di Parlimen dan juga Dewan-dewan Undangan Negeri.
Istilah yang dianggap "tidak wajar di ucapkan di Parlimen" di bawah Peraturan Tetap itu, diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tun Mohamad Zahir Haji Ismail ketika Persidangan Speaker-speaker Dewan Undangan Negeri di Kuala Lumpur pada 19 - 20 Jun, tahun lalu.
Kebanyakan daripada istilah itu seperti "bodoh", "otak kering", "biawak hidup", "mata keranjang" dan "kaki betina", sering digunakan ketika berlaku perbahasan hangat, biasanya antara ahli-ahli lelaki daripada Pembangkang dan Penyokong Kerajaan.
Menurut senarai, para Ahli Dewan dikehendaki mengelak daripada menggunakan 66 perkataan dan istilah, yang "tidak wajar" semasa bersidang.
Selebihnya adalah:
Bagang/Bangang
Pembohong
Penipu
Pengotor
Pengacau
Pemabuk/kaki botol
Penghasut
Kaki bodek
Mengamalkan rasuah
Pemalas
Babi
Binatang
Lembu
Kuda tunggangan
Anjing kurap
Barua
Hisap darah/cekik darah
Lintah darat
Keling
Kaki judi
Celaka
Penjenayah
Komunis
Anasir subversif
Lidah bercabang
Pembelot
Bahlul
Buruk siku
Pelesit/hantu
Tukang fitnah
Bebal
Lembab
Perosak
Samseng
Pencuri
Penderhaka
Pembelit
Perompak
Spy/agen musuh
Loyar buruk
Jahanam
Berambus
Zalim
Jahiliah
Penindas
Kurang ajar
Tunggul
Budak kecil
"Tak reti bahasa"
Mampus
Letak otak di lutut
Biul
Syaitan/Setan