DEWAN UNDANGAN NEGERI YANG KEDUA BELAS
NEGERI SABAH

ATURAN URUSAN MESYUARAT

 


ISNIN, 05 DISEMBER 2005, JAM 10:00 PAGI

Bil. 06

PERTANYAAN-PERTANYAAN UNTUK JAWAPAN LISAN

*1.       Y.B. Tuan Basalie Hj. Abdul Hamid [Bugaya] bertanya kepada KETUA MENTERI apakah langkah-langkah dan usaha awal yang lebih berkesan diambil oleh kerajaan untuk membawa Negeri Sabah maju menjelang tahun 2020 setanding dengan negeri-negeri lain di negara ini.

*2.       Y.B. Datuk  Haji Syed Abas Syed Ali [Balung] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI / MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SABAH berapakah bilangan Ketua Isi Rumah Termiskin (KIRT) di Negeri Sabah pada tahun 2005 dan apakah kesan program pembasmian kemiskinan seperti Program Peningkatan Pendapatan (PPP) terhadap usaha mensifarkan ketermiskinan menjelang 2009.

 *3.       Y.B. Tuan Samsudin Yahya [Sekong] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI / MENTERI PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR langkah-langkah pihak berkuasa tempatan dan organisasi lain dalam memelihara dan memulihara tempat-tempat bersejarah yang menjadi tarikan pelancong seperti Rumah Agnes Keith di Sandakan sangat dialu-alukan.  Saya ingin bertanya adakah usaha atau perancangan kementerian yang berkenaan menjadikan bekas rumah kediaman Tun Mustapha, Bapa Kemerdekaan Sabah sebagai sebuah muzium.

 *4.       Y.B. Tuan Basalie Hj. Abdul Hamid [Bugaya] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI / MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN HAL EHWAL PENGGUNA berdasarkan kepada laporan statistik bagi awal tahun 2005 menunjukkan 70% daripada 869 penagih dadah di negeri ini adalah golongan belia di bawah 40 tahun.  Adakah kerajaan telah meningkatkan usaha bersifat strategik sebagai langkah susulan terbaik dan berkesan supaya berjaya mengurangkan masalah sosial ini daripada terus menjadi kritikal disamping menghalang daripada terus merebak di kawasan luar bandar.  Jika ada, sejauh mana keberkesanannya setakat ini.

 *5.       Y.B. Tuan Johnny @ Juni Bin Intang [Kuamut] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk mengambil-alih jalan-jalan raya pembalakan seperti:-

            a)                 Dari Kampung Linayukan ke Kampung Penangah sejauh 58 kilometer;

b)            Dari Kampung Saguan ke Kampung Tampasak sejauh 15 kilometer.

 *6.       Y.B. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup [Sook] bertanya kepada MENTERI KEWANGAN berapakah jumlah lesen PUKONSA Kelas F yang telah dikeluarkan kepada kaum Bumiputera sejak tahun 2004.

 *7.       Y.B. Datuk Louis Rampas [Kiulu] bertanya kepada KETUA PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN berapakah bilangan pelabur-pelabur daripada luar negara yang telah menunjukkan minat atau yang telah membuat komitmen untuk melabur di Negeri Sabah selepas lawatan-lawatan perdagangan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin negeri terutama sekali rombongan perdagangan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri ke negara-negara seperti Jepun, Cina dan sebagainya.

 *8.       Y.B. Tuan Justin Guka [Bingkor] bertanya kepada MENTERI BELIA DAN SUKAN bilakah projek untuk menaik taraf balapan padang Kompleks Sukan Keningau akan dilaksanakan.  Berapakah peruntukan yang telah disediakan oleh kerajaan bagi projek tersebut.

 *9.       Y.B. Tuan Samsudin Yahya [Sekong] bertanya kepada MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN kita sedia maklum bahawa usaha pembasmian kemiskinan tegar yang sekian lama ini lebih tertumpu kepada kawasan luar bandar kini dipanjangkan ke kawasan bandar.  Apakah usaha yang telah dibuat oleh kerajaan negeri dalam pembasmian kemiskinan di kawasan bandar.

 *10.     Y.B. Tuan Johnny @ Juni Bin Intang [Kuamut] bertanya kepada MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN apakah usaha kerajaan untuk menarik minat belia-belia untuk menceburi pekerjaan di sektor perladangan.

 *11.     Y.B. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup [Sook] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN SUMBER DAN KEMAJUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT berapa kursus telah dijalankan oleh kementerian berhubung kait dengan Kursus Pembantu Rumah sejak tahun 2004.

 *12.     Y.B. Datuk Hj. Zakaria bin Mohd. Edris [Gum – Gum]  bertanya kepada KETUA MENTERI bilakah pihak MUIS atau JHEAINS dapat melaksanakan Sistem Pengurusan Tanah Perkuburan Islam yang lebih sistematik dan professional di seluruh Negeri Sabah.  Adakah perkara ini telah di kaji dan dirancang untuk dilaksanakan.

 *13.     Y.B. Tuan Justin Guka [Bingkor] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI / MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR berapakah peruntukan oleh kerajaan negeri bagi pembangunan taraf ekonomi rakyat luar bandar dalam RMK-9.  Berapa peruntukan yang dibiayai oleh kerajaan persekutuan dan berapa pula peruntukan kerajaan negeri.

 *14.     Y.B. Tuan Samsudin Yahya [Sekong] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI / MENTERI PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR semasa persidangan Dewan pada bulan April yang lalu, saya telah membangkitkan masalah pencemaran di Sungai Segaliud.  Pemeriksaan mengejut PKR Sekong bersama-sama pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Sandakan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Perparitan baru-baru ini mendapati bahawa masalah pencemaran ini berlarutan.  Saya ingin mengetahui apakah keputusan analisa sampel yang telah dibuat oleh kementeriaan berkenaan dan apakah tindakan muktamad yang akan diambil dalam mengatasi masalah ini.

 *15.     Y.B. Datuk Hj. Jasa Bin Datuk Hj. Rauddah  [Kunak] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI / MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN HAL EHWAL PENGGUNA berapa buah syarikatkah yang mendapat subsidi diesel daripada Kementerian Hal Ehwal Pengguna Persekutuan dan menjadi pembekal kepada nelayan di Sabah.

 *16.     Y.B. Datuk Hj. Zakaria bin Mohd. Edris [Gum – Gum]  bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR masalah dan gangguan bekalan air masih dialami oleh penduduk daerah Sandakan dan lebih teruk lagi di Ulu Dusun, batu 29 hingga 32 yang langsung tidak ada bekalan air bersih yang dibekalkan oleh Jabatan Air Negeri Sabah.  Bila dan bolehkah jangkaan jadual pemasangan paip air bersih daripada Jabatan Air Negeri Sabah boleh diberi.

 *17.     Y.B. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup [Sook] bertanya kepada MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN bolehkah kerajaan mengulas kriteria-kriteria yang diguna pakai oleh Jabatan Pertanian apabila memberi komen tentang sesuatu permohonan tanah sama ada tanah itu sesuai untuk pertanian atau sebaliknya.

*18.     Y.B. Tuan Hj. Mohd. Arifin Mohd. Arif [Membakut] bertanya kepada KETUA MENTERI adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan semula anugerah tahunan menunaikan fardhu haji sebagaimana yang dilaksanakan sebelum ini.

 *19.     Y.B. Datuk (Datu) Amir Kahar Bin Tun Datu Hj. Mustapha [Banggi] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR bolehkah kerajaan negeri membina jalan raya sejauh 50 km mengelilingi Pulau Banggi dalam RMK-9.

 *20.     Y.B. Datuk Hj. Zakaria bin Mohd. Edris [Gum – Gum] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR adakah pihak kerajaan telah mengenal pasti jambatan-jambatan usang yang perlu kepada pembaikan segera.  Jika sudah, berapakah jumlahnya dan bilakah semuanya dapat dibaiki.

 *21.     Y.B. Tuan Johnny Goh [Inanam] bertanya kepada MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN adakah pihak kerajaan bercadang mengutip cukai pintu rumah kediaman penduduk di skim penempatan KKIP Malawa sedangkan sijil kependudukan (OC) bangunan belum dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

 *22.     Y.B. Tan Sri Datuk Pandikar Amin Haji Mulia [Tempasuk] bertanya kepada KETUA MENTERI masih adakah kawasan perkampungan yang terdapat di dalam kawasan tanah-tanah yang telah diberikan kepada jabatan atau agensi-agensi kerajaan seperti SAFODA, SLDB, BORNEO SAMUDRA, SAWIT KINABALU, SFI dan sebagainya.  Kalau ada apakah rancangan kerajaan untuk menangani permasalahan ini.

 *23.     Y.B. Tuan Liew Teck Chan  [Likas] bertanya kepada MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN berkenaan apakah langkah-langkah yang telah diambil dalam pembangunan seperti berikut demi mempertingkatkan pendapatan petani dan penternak di Sabah:-

            i.                    Tanaman getah, kopi, koko, padi dan kelapa sawit;

ii.                  Ternakan lembu, kambing, ayam dan ikan air tawar.

 *24.     Y.B. Dr. Joachim Gunsalam [Kundasang] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR bilakah kerajaan akan memulakan pembaikan dan pengubahsuaian jalan raya Tamparuli-Ranau di hadapan Pekan Kundasang yang saya difahamkan sepatutnya bermula pada suku ketiga tahun 2005.

 *25.     Y.B. Tuan Hj. Mohd. Arifin Mohd. Arif [Membakut] bertanya kepada MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN sejauh mana tindakan telah diambil terhadap pihak yang terlibat dalam pelanunan sumber tumbuhan semulajadi (bio piracy) di Sabah.

 *26.     Y.B. Tuan Liew Teck Chan  [Likas] bertanya kepada KETUA MENTERI sama ada surat pekeliling yang dikeluarkan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri selepas pilihan raya 2003 masih berkuatkuasa iaitu mengenai pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam negeri tidak boleh terlibat dalam politik.  Jika ya, apakah tindakan yang sudah diambil dengan pegawai-pegawai dan kakitangan awam yang masih terlibat dalam politik.

 *27.     Y.B. Tuan Johnny Goh [Inanam] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR sama dada kerajaan akan menurap jalan Tampulan Kiulu, Jalan Kokol Poring-Poring, Jalan Babagon Toki dalam masa terdekat ini.  Apakah perkembangan dan tindakan yang sudah diambil keatas jalan-jalan itu.

 *28.     Y.B. Tan Sri Datuk Pandikar Amin Haji Mulia [Tempasuk] bertanya kepada MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN memandangkan bahawa kaedah kerja-kerja Majlis-majlis Daerah yang sebelum ianya diswastakan ditentukan jalan-jalan raya di kawasan Majlis-majlis Daerah yang sebelum ianya diswastakan ditentukan pengendaliannya oleh pihak-pihak berkuasa tempatan yang berkenaan, apakah prestasi kerja syarikat yang telah ditawarkan kerja-kerja ini lebih baik berbanding dengan kerja-kerja dahulu sebelum penswastaan.  Apakah nama syarikat ini dan berapa tahunkah tempoh masa penswastaan ini.

 *29.     Y.B. Tuan Herbert Timbon Lagadan [Kadamaian] bertanya kepada Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat  berapakah jumlah kewangan yang telah diluluskan kepada kementerian bagi tempoh RMK-9 dan apakah kementerian bercadang untuk menjalankan program terancang memberi latihan IT kepada badan-badan JKKK.

 *30.     Y.B. Datuk Mohd. Lan Allani [Sulabayan] bertanya kepada KETUA MENTERI apakah bentuk dan perancangan kerajaan negeri bagi membenteras dadah jenis Syabu yang amat berleluasa di negeri ini.

 *31.     Y.B. Datuk Mohd. Lan Allani [Sulabayan] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR adakah Sabah Electricity Sdn. Bhd. telah mengena lpasti punca masalah bekalan elektrik yang kerap terganggu di Sabah.  Apakah langkah-langkah jangka pendek yang telah di laksanakan.

 *32.     Y.B. Datuk Michael Asang [Labuk] bertanya kepada KETUA MENTERI:- 

a)                 Sehingga Oktober 2005 berapakah jumlah PATI telah dihantar ke negara asal mereka dan nyatakan bilangan mengikut negara masing-masing; 

b)                 Apakah tindakan dan pendekatan yang telah dan sedang diambil oleh pihak keselamatan untuk memastikan kejadian rusuhan PATI pada 15 November 2005 di Pusat Tahanan Sementara Menggatal (PTS) tidak berulang pada masa hapadan.

 *33.     Y.B. Datuk Michael Asang [Labuk] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR sama ada Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri melalui kementerian telah menerima peruntukan daripada Kementerian Kerja Raya Malaysia untuk tujuan menaik taraf jalan (Premix) di tiga (3) batang jalan utama di Daerah Beluran dan Daerah Kecil Telupid iaut:- 

a)            Jalan Moynod ke Jalan Kg. Kuala Sapi, Beluran sejauh 20 km.

b)            Jalan  Simpang Kg. Buis ke Kampung Kiabau, Telupid sejauh 25 km.

c)            Jalan Kolapis sejauh 6 km. 

*34.     Y.B. Tuan Md. Kamil bin Datuk Hj. Mohd. Kassim [Tanjung Batu] bertanya kepada KETUA MENTERI, kawasan-kawasan di persekitaran Kg. Kalabakan dan Kg. Luasong kini dimaju pesat dengan ladang-ladang kelapa sawit oleh syarikat-syarikat milik swasta dan kerajaan.  Apakah ada perancangan kerajaan untuk mengenal pasti dan menggazetkan kawasan tadahan air bagi kawasan ini memandangkan kawasan tersebut berpotensi untuk dijadikan kawasan pertumbuhan baru dan bakal menjadi penempatan masyarakat dan pelbagai aktiviti ekonomi di masa-masa akan datang. 

*35.     Y.B. Datuk (Datu) Amir Kahar Bin Tun Datu Hj. Mustapha [Banggi] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR dalam RMK-8, berapakah jumlah jalan-jalan di kawasan N.1 Banggi yang telah diberikan pengaspalan atau dinaikkan taraf dan berapakah jumlah jalan dalam pelaksanaan RMK-9. 

*36.     Y.B. Tuan Au Kam Wah [Elopura] bertanya kepada MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN kenapa senarai pemohon perumahan PPR (Taman Mesra) di Batu 4, Sandakan yang telah ditapis oleh jawatankuasa temuduga tidak dapat diluluskan walaupun senarai tersebut telah dikemukakan ke kementerian lebih dari satu tahun. 

*37.     Y.B. Tuan Samson Chin Chee Tsu [Sri Tanjung] bertanya kepada KETUA MENTERI: 

a)                 Ketua Menteri mengetahui terdapat banyak kes rakyat tempatan telah menghantar borang permohonan tanah melalui hak adat anak negeri (Native Customary Rights) dan tidak mendapat jawapan.  Malah, permohonan kemudian dari kalangan individu yang berpengaruhi atau syarikat besar diterima dari Pejabat Tanah dan Ukur. 

b)                 Jika demikian, adakah Ketua Menteri akan membentuk satu jawatankuasa penyiasat untuk mengatasi masalah ini. 

*38.     Y.B. Tuan Justin Guka [Bingkor] bertanya kepada KETUA MENTERI siapakah Exco Pendidikan/Pelajaran kerajaan negeri yang bertanggungjawab untuk memantau dan memberi laporan berhubung dengan kemajuan dan kemerosatan pelajaran para pelajar di Negeri Sabah. 

*39.     Y.B. Datuk Hj. Sairin Hj. Karno [Liawan] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN INFRASTURTUR iaitu beliau ingin tahu apakah langkah-langkah susulan kerajaan untuk menangani masalah beban hutang tertunggak RM1.21 billion kepada tiga pemegang konsesi air di Sabah.  Nampaknya isu ini sangat serius dan mendesak kerana ia melibatkan kemudahan asas rakyat yang paling penting.  Apa yang dibimbangkan ialah selagi masalah itu tidak selesai, beban hutang kerajaan negeri mungkin akan terus meningkat dan boleh menjejaskan rancangan-rancangan pembangunan yang lain, terutama sekali meningkatkan sistem perhubungan jalan raya dan bekalan air. 

*40.     Y.B. Tuan Mohd. Suhaili Said [Tungku] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR bilakah kerajaan menyambung kemudahan elektrik ke Tambisan dan Tanjung Labian. 

*41.     Y.B. Datuk Masrani Parman [Pitas] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR apakah perkembangan terkini mengenai cadangan menaik taraf Jalan Mempakad Laut – Nibang, Pitas sejauh 24 kilometer. 

*42.     Y.B. Tuan Johnny @ Juni Bin Intang [Kuamut] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR apakah tindakan positif kerajaan mengenai gangguan bekalan elektrik (selalu terputus) yang sudah mencapai tahap kritikal di Kinabatangan khasnya Mukim Bukit Garam. 

*43.     Y.B. Datuk Hj. Sairin Hj. Karno [Liawan] bertanya kepada KETUA  MENTERI iaitu walaupun Sabah setakat ini bebas daripada ancaman avian flu atau penyakit selesma burung, namun ramalan para saintis meletakkan negeri ini sebagai tergolong dalam kawasan yang diancam penyakit tersebut.  Apakah persiapan atau langkah-langkah kerajaan untuk menghadapi kemungkinan itu.

            * Soalan-soalan yang tidak sempat dijawab secara lisan akan dijawab secara bertulis.