• Melaksanakan urusan pentadbiran dan kewangan berkaitan dengan keistimewaan dan kelayakan ADUNS/mantan ADUNS termasuk pembayaran berbagai elaun, pencen (dimana berkenaan), pinjaman perumahan, kenderaan, rawatan perubatan dan sebagainya.

  • Mengendalikan segala urusan pentadbiran berkaitan dengan persiapan sebelum, semasa dan selepas persidangan.

  • Menerima laporan kewangan dan risalah yang diterima daripada agensi-agensi kerajaan untuk dibentang dalam sidang DUNS.

  • Menghasilkan penyata rasmi dalam tempoh 24 jam bagi deraf awal dan 6 bulan bagi cetakan akhir.

  • Memastikan enakmen yang diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri digunapakai dalam tempoh 30 hari selepas sidang DUNS seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Negeri Sabah.

  • Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan oleh DUNS.

  • Melaksanakan urusan pentadbiran dan kewangan berkaitan dengan kakitangan dan perjalanan pejabat DUNS.