Logo DUN Sabah menu utama

middle menu

button perutusan speaker
button profil speaker
button profil speaker

button latarbelakang
button Enakmen
button kemudahan

button pengenalan
button carta organnisasi
button kakitangan
button kemudahan

button senarai aduns
button Parlimen
button rajah tempat duduk
button arkib

button eHansard
peta keputusan pilihanraya ke 12

gambar dewan

Dewan Undangan Negeri Sabah merupakan sebuah institusi perundangan negeri yang bertanggungjawab melaksanakan persidangan dalam proses menggubal undang-undang negeri yang dikenali sebagai enakmen.

Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah terletak di Teluk Likas, Kota Kinabalu dan mula digunakan pada Jun, 1995. Pejabat Pentadbiran Dewan Undangan Negeri Sabah terletak di Aras 4 sebelah timur bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah.

Di bawah peruntukan artikel 13 dan 14 Perlembagaan Negeri Sabah, Badan Perundangan Negeri Sabah terdiri daripada Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri Sabah dan Dewan Undangan Negeri Sabah. Dewan Undangan Negeri Sabah terdiri daripada seorang Speaker, dua orang Timbalan Speaker dan 60 Ahli Dewan Undangan Negeri.

PENTADBIRAN DUNS

VISI = Menjadi sebuah organisasi yang cekap, bermaklumat dan mengikuti peredaran masa.

MISI = Berkhidmat kepada Kerajaan Negeri Sabah selaku Urusetia kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUNS) dan mantan ADUNS.

OBJEKTIF:

  • Menjadi sebuah jabatan yang efisien dalam mengatur persiapan dan pengendalian urusan Sidang Dewan;
  • Cekap dalam penyediaan Laporan sidang Dewan iaitu cekap dan tepat;
  • Dapat memberi perkhidmatan yang terbaik dan kepuasan dalam memenuhi kehendak dan keperluan serta kebajikan Ahli-Ahli dan mantan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah.
gambar dewan

FUNGSI:

  • Melaksanakan urusan pentadbiran dan kewangan berkaitan dengan keistimewaan dan kelayakan ADUNS/mantan ADUNS termasuk pembayaran berbagai elaun, pencen (dimana berkenaan), pinjaman perumahan, kenderaan, rawatan perubatan dan sebagainya.
  • Mengendalikan segala urusan pentadbiran berkaitan dengan persiapan sebelum, semasa dan selepas persidangan.
  • Menerima laporan kewangan dan risalah yang diterima daripada agensi-agensi kerajaan untuk dibentang dalam sidang DUNS.
  • Menghasilkan penyata rasmi dalam tempoh 24 jam bagi deraf awal dan 6 bulan bagi cetakan akhir.
  • Memastikan enakmen yang diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri digunapakai dalam tempoh 30 hari selepas sidang DUNS seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Negeri Sabah.
  • Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan oleh DUNS.
  • Melaksanakan urusan pentadbiran dan kewangan berkaitan dengan kakitangan dan perjalanan pejabat DUNS.

NOTIS PENAFIAN
Dewan Undangan Negeri Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami
disebabkan penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam web ini.

Hakcipta Terpelihara © 2012 Dewan Undangan Negeri Sabah
Aras 4, Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah, Teluk Likas,
Peti Surat 11247, 88300 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 088-424415, 424405, 424406, 420380, 427533
Faks: 088-427333, 439769

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

 

pautan ke laman utama pautan ke pengenalan pautan ke DUNS pautan ke alamat perhubungan pautan ke handsard pautan ke JK PAC